Sunday, April 16, 2006
Jintan manis kempiskan perut
Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama klasiknya boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke depan (maju). Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang buang angin.Kakak saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru pulang dari Kerala, India . Orang sana miskin dan tidak mampu untuk membeli produk kecantikkan. Kebanyakan orang Kerala berbadan gempal ttp perut kempis atau tak sebuncit seperti kebanyakkan rakyat kita.
Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia. Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis + seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10-15 minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan perut akan susut sendiri tanpa senaman. cubalah.
Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula ini dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk meredakan gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah pula di Malaysia tiada tandas kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada baru keluar , takut malu org tahu siapa yang berbalas tembak tadi .. he he.
Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba secangkir.. rasanya tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja saya cuba .Lagi pun perut ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam lukisan kartun mamak cyber di UM :)
Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak zipkan seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut kaw-kaw (cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan air jintan. Tak tau la rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu pun tak cuba lagi petua garam tu..
Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing perut tu nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.
WA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
kalu nak sedap campurkan sedikit gula batu dan dan daun pandan...
sedap ooooooooo..
Menarik tu.. campur gula batu.
Ada gula tak berkesan pulak
Air tu kena simpan peti ke takpe je kalau letak luar?
Nak try laa yg ini..sbb minum jintan tu slma dua minggu..stkt ni ada jgk laa kesannya..walaupun tk ketara
maya, kalau sehari tak perlu simpat peti. biasa jika guna bahan segar (tak di awet) jgn lebih 3 hari. saya lebih suka jika direbus tiap hari bukannya lama sgt untuk rebus 2 cwn.Bila mendidih tutup api. Rebua mlm boleh minum mlm tu dan esok paginya. pastu buang hampasnya.
Mawar melati, elok teruskan .
berapa sudu jintan manis utk dua gelas?
Post a Comment