Saturday, October 10, 2009

Kek minyak zaitun

Resipi ni saya belum cuba.
Jumpa dalam buku resipi.
Saya berkenan sebab tak guna magerin/butter
Depa guna minyak zaitun.. inilah resipi yg dicari2.
Saya terjemah lah yer..kita guna bahasa ibunda.










Bahan2nya
sebiji oren
sebiji lemon
4 biji telur (saiz besar)
115g gula custor
175g tepung gandum
1 sb baking powder
secubit garam
225 ml extra virgin minyak zaitun
100g badam cincang
gula ising sebagai hiasan (taburan).

Cara menyediakannya:

1-Panaskan oven (preheat 180c). Lanserkan dasar acuan kek dengan minyak zaitun atau letakkan kertas kek pada dasar acuan.

2- Letakkan buah oren dan lemon dalam periuk. Tambah air sehingga tenggelam.Jerang selama 30 minit sehingga buah2 itu menjadi cukup lembut.Toskan dan biar sejuk.ambil kulit limau dan kisar halus.

3-Pukul telur dengan gula custor selama 7-8 minit. Masukkan tepung sedikit2 bersama baking powder dan secubit garam. Gaulkan dan masukkan minyak zaitun.

4-Akhirnya tambahkan kulit lemon/oren dan badam cincang.Gaul sebati ttp jangan gaul berlebihan.

5- Tuang dalam acuan yg disediakan tadidan bakar selama 45minit pada suhu 180c.

6- Bila sejuk, tabur gula asing diatasnya.

Nota : insyaAllah nanti saya cuba dan bakar dalam multipupose cooker. Khabarnya boleh bakar kek..emm alat ada tapi tak pernah guna.

Thursday, September 24, 2009

Rendang Tok Kuala



Bahan kisar:

200g bawang merah (10-15 ulas)
satu labu bawang putih (8-10 ulas)
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai (ambil 4 inci dari pangkal)
(hiriskan semua bahan dan kisar)

Bahan-bahan utama dan rencah:

1-2kg daging lembu di hiris setebal 1x2 inci (lebih kurang)
150g Rempah rendang tok
[Beli rempah dari gerai no.1 di Pasar Kuala Kangsar, minta rempah untuk sekilo harganya RM2.50]
3-4 liter santan (3 biji kelapa)
3 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
100g gula kabung (anggaran)
2-3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5-7 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa (2 sudu)

Cara membuatnya:

1. Rebus/panaskan semua bahan kecuali kerisik. Guna api sederhana dan masukkan santan sepenuh kuali. Bila bahan mengering dan menyusut, masukkan santan lagi sehingga habis semua santan. Kacau dan gaulkan bahan sentiasa supaya tak lekat di kuali. Proses ini makan masa lebih kurang 3 jam.
2. Renehkan sehingga daging lembut.Sebelum bahan kering, masukkan kerisik. Gaulkan dan balikkan sehingga bahan2 agak kering dan keluar minyak. Tutup api. Rendang sudah boleh dimakan.
3. Ulang panaskan daging setengah jam atau lebih setiap hari selama 2 hari lagi. Selepas proses ini rendang akan tahan lama sehingga sebulan jika dipanaskan pagi dan petang.Rendang ini boleh dikeringkan menjadi serunding daging.

selamat mencuba.
Nota: Guna gula kabung atau gula melaka bukan gula pasir. Gula kabung ini akan menyebabkan rasa rendang lebih bagus dan lebih tahan lama.

Tuesday, September 22, 2009

Biskut Kacang hazel


BISKUT KACANG HAZEL

Bahan
200 gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
120 gm hazenut dikisar
260 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung

hiasan
paper cup
manik hiasan (bintang)
kuning telur sebiji

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan kuning telur dan vanilla dan gaulkan rata.
3. Campurkan tepung gandum, hazelnut kisar dan tepung jagung. Masukkan campuran ini sedikit2 ke dalam adunan butter dan menjadi doh yg boleh dicanai.
4. Canaikan sehinggi 1cm dan tekapkan acuan ikut suka.susunkan dalam loyang dan sapukan kuning telur. Hias dengan manik bintang.
5. Panaskan oven/microwave pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit. Jika guna mickrowave, guna convection 170'c 20 minit dan tambah 5 minit grill. Sejukkan dalam loyang.
7.Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


Testimoni: Biskut ini saya buat lepas raya , rasanya sedap. Cara penyediaan ringkas dan bahan2 tiada yang meragukan. Saya tak masukkan shortening atau apa2 bahan penggebu. Selamat mencuba, boleh tukar kacang hazel dengan kacang lain.

Sunday, August 2, 2009

Roti canai ustaz


Bahan-bahan
1kg tepung cap sauh
3 sudu gula
1 sudu garam
2 1/2 cawan air suling (lebih kurang 400ml)
50g majerin

Cara:
1-Panaskan/cair magerin dan sejukkan. Boleh juga sejukkan dengan mencampurkan air dalam majerin yg telah cair.
2-Satukan tepung,majerin garam dan gula dan masukkan air .Jgn habiskan air, mungkin adunan akan terlalu lembik. jadi simpan sikit air untuk ditambah bila perlu semasa menguli.
3-Uli sampai jadi doh dan rehatkan 1/2 jam.
4-Selepas 1/2 jam uli lagi beberapa ketika sekitar 10-15 minit.
5-Bulatkan anggaran sebesar bola pimpong. lumur dengan majerin dan perap selama 1jam atau lebih.
6-Canai dan bakar.


Tip:
i-Garam dan gula boleh dilarutkan dalam air untuk memudahkan sebati dalam tepung.
ii-Jangan guna majerin yg panas kerana tepung akan 1/2 masak dan adunan jd keras.
iii-Guna air suling untuk mendapat doh yg baik dan lembut.
iv- Pastikan tangan bersih masa menguli dan menebar kerana ia menjamin mutu (tak basi).
v-Inilah resipi paling murah dan sedap. InsyaAllah pasti jadi.





Penghargaan:
Saya ingin merakam ucapan terima kasih tak terhingga kpd Uztaz Muzakkir Turau , guru kelas harfiah saya yang memberikan resipi di atas. Beliau mempunyai hobi memasak dan banyak lagi masakan yang belum diturunkan ilmunya. Beliau juga selalu diminta memasak untuk kenduri kendara. Mudah2an ustaz terus istiqomah mengajar dan janganlah berhenti mengajar kerana berniaga.. insyaAllah tijaran lan tabur, berniaga dengan Allah tidakkan rugi selamanya. Saya ingat kuliah ustaz kata 'lan' maknanya selama2nya tidak ,maknanya janji Allah bagi orang yang menginfakkan masanya untuk jalan Allah (mengajar ilmu) selama2nya tak akan rugi.InsyaAllah,mudah2an ustaz akan mendapat ganjaran dunia akhirat.Amin.

Nota:
Saya dah cuba resipi ini pagi tadi dan memang ngam.Cuma saya tak pandai tebar, habis koyak2 doh.Tapi rasannya,yes,memang sedap, lembut.Saya buat 200g tepun shj sebab nak test dulu.Dapat 4 ketul doh yg agak kecil. Sesiapa yg nak cuba tu, yg berada di luar negara pun boleh cuba. Tentang kuahnya boleh buat kuah kari biasa dengan dal atau apa2 kuah yg disukai. Orang Terengganu makan roti canai dengan bubur kacang. Saya buat inti karipap untuk dimakan bersama roti canai ini dan saya buat murtabak mini.. emm tak menghampakan.Cubalah.

Saturday, August 1, 2009

Inti karipap

Saya buat inti karipap mudah2 sahaja. Hari ni dah kehabisan bahan, ayam tak ada gading pun tak ada. Esok nak bermusafir jadi memng tak beli bahan masak, habiskan mana yg ada. Yang ad cuma ikan bilis, kentang dan keledek. Rempah karin memng sentiasa ada di rumah.

Inti Karipap
Bahan2:
sebiji keledek yg kecil sahaja anggaran 150g
(3x ganda saiz kentang)
sebiji kentang
sebiji bawang besar
sebiji bawang kecil
2 biji bawang putih
sepelepah daun kari
sedikit bunga cengkih, sekuntum bunga lawang,sikit kulit kayu manis.
2 sudu (rata) rempah kari daging adabi
segenggam ikan bilis ditumbuk
sesenduk minyak untuk menumis
2 sudu (rata) gula
sesudu teh garam.
air secukupnnya.

Cara:-
1-Kupas keledek, kentang dan bawang besar. potong dadu semuanya.
2-Kupas bawang merah dan bawang pouti. Tumbuk. masukkan dalam rempa kari dan masukkan 1/2 cawan air, jadikan pes.
3-Panaskan minyak dan masukkan adaun kari, cengkih, bunga lawang dan bawang besar. Kacau sampai naik bau dan masukkan pes kari daging. Kacau dan biarkan sampai naik minyak.Gunakan api sederhana.
4. Masukkan kentang,keledek, ikan bilis yg telah ditumbuk dan tambah air sehingga meliputi semua bahan. Masukkan gula dan garam.Tutup periuk atau kuali supaya bahan cepat masak. Kacau sekali sekali.Biarkan hingga kentang dan keledek masak /empuk dan kuah menjadi agak kering.angkat dan sejukkan.

Nota : Masakan saya biasanya tidak menggunakan apa2 bahan perasa. Tuan puan boleh tambah kiub ikan bilis dan potongan ayam jika suka. Ketika nak menggunakan inti dalam karipap atau mutabak, buangkan bunga cengkih, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.