Assalamu'alaikum,
Hari ini 4 Ramadhan 1433H. Dah empat hari kita puasa, bagaimana keadaan kita? Apakah . Sehat , sakit, letih yang penting 'tetamu' kita (Ramadhan) mesti kita raikan. Dia hanya bertandang sebulan dalam setahun. Pejam celik pejam celik , tau tau masuk Syawal nanti. Rugi jika kita hanya melayan Ramadhan dengan berbagai resipi untuk membasuh tekak semata tetapi kalau tak makan semasa bersahur dan berbuka bukan puasa lah namanya kan?
Kurma , mangga dan air zam-zam
Seronoklah siapa yang dapat beruasa di Mekkah dan Madinah, bukan setakat kurma malah boleh buka dgn air zam-zam. Nostalgia tiga kali berpuasa dan raya di Mekah tak dapat saya lupakan. Sentiasa dalam hati ada keinginan untuk mengulang kesyaduan beramal di Mekkah dan Madinah sepanjang Ramadhan. Umrah di siangnya, tarawih di malamnya di sambung qiam sebelum sahur. Di Malaysia tak dapat merasa begitu.Yang paling best kat sana tak payah sibuk2 nak masak untuk juadah buka dan sahur, semua disediakan oleh pakage umrah, jadi semua makanan sedap sahaja rasanya. Tak kira apa pun sedap. Paling saya suka ialah ruttab, kurma muda yg agak kelat2 sikit dan satu lagi kurma yg lembik (tak begitu tua).
Mangga kat mekah pun sedap, jus mangga dia pun sedap . Boleh dikatakan hari hari lepas tarawih saya akan singgah di kedai dekat hotel untuk beli jus mangga. Tak ada pun sakit perut atau sakit badan minum jus mangga kat Mekah. Kalau kat Malaysia mulalah macam-macah kerenah mangga ada. Sakit perut, sakit badan, kadang2 gatal badan pulak.
Cobaan.
Apa yang dianjurkan oleh Nabi supaya kita berbuka dengan kurma ada kaitannya dengan kesihatan. Kurma membekalkan gula yg perlu untuk badan yang sudah keletihan sepanjang hari. Selain itu ia juga menyediakan perut kita untuk memproses makanan lain selepas itu.
Malang bagi saya, hari pertama dan kedua saya diserang sakit kepala yg teruk selepas 30 minit makan. Biasanya saya akan makan kurma, minum dan solat. Selepas itu baru makan. Tiba2 kepala sakit, terasa bisa dan berat macam batu. Nak tunduk pun tak boleh . Cepat2 makan panadol aktive fast, tetapi rupanya 6 jam kemudian barulah lega dan boleh solat isyak & tarawih.
Mujurlah tidak berlarutan ke hari ketiga , jika tidak saya terpaksa ke hospital. Bimbang juga, takut sakit lain pulak. Cuma hari ketiga saya tak boleh tidur pula..dalam 48jam ni,baru tidur 2 jam.
Selain itu , sakit biasa yg melanda di bulan puasa ialah sakit perut. Bukan gastrik jadi-jadian tau. Sakit ni lepas sahur sahaja jadinya. Mujurlah HPA ada sediakan teh kayu sepang ni. Rendam dalam air panas dan minum. Saya amal hari-hari sebab tak sangguplah kalau sakit perut memulas waktu pagi. Jadi kita sediakan teh sepang sebelum mengerang sakit perut. Setakat ini memang mujarap untuk semua jenis sakit perut akibat makanan, kalau sakit perut akibat 'datang bulan', lain ubatnya.
Air aneka rasa
Kalau di Mekah cukup lah air zam-zam dan jus mangga, sesekali pekena ais krim putar.Saudi adalah pengeluar susu jadi ais krim yang dibuat tu sangat lah sedapnya. Di Malaysia hari-hari tukar air. Hari pertama jus sirap anggur 'vemto' ( impot dari Saudi), hari kedua buat lai chi kang sendiri, hari ketiga cuma air teh bunga rendam sendiri, hari keempat jus pegaga blend sendiri. Esok dah rancang nak buat jus kedondong asam boi pulak.. maklumlah kedondong tengah lebat tu. Lusa boleh buat jus markisa pula semuanya bahan-bahan sekeliling rumah. Air kelapa muda kena tunggu orng datang panjat la..
Semua air buat sendiri ,tak ada yang beli maklum kos dah meningkat. Buat air soya tak lah susah mana. My favourite jus carrot susu , jus pineapple will be in the list later. Air bali lagi senang nak buat,jus malberi, air bandung, air surabaya,, 'antara anyer dan jakarta' semua boleh buat punya.Cuma saya tak nak minum atau makan tembikai kerana ia melawaskan kencing, nanti asyik keluar masuk tandas jer,lagi tak cukup tidur pulak he he. Sekian coretan saya,selamat mengimarahkan Ramadhan.
Tuesday, July 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment