Monday, November 26, 2012

Kueh lompang

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung beras cap bunga  *
¼ cawan tepung gandum
¼ gula nipah atau ½ cawan gula merah
1 ¼ cawan air
Satu sudu makan air kapur
Segenggam kelapa parut + 1/2 sudu teh garam
15 acuan kueh lompang **
Sedikit planta untuk menyapu bahagian dalam acuan
Pengukus.

Cara membuatnya:
1-Campur gula nipah atau gula merah dgn 1 1/4 air dan didihkan hingga gula larut. Sejukkan dan tapis.
2-Campur tepung beras , tepung gandum, air kapur dan air gula nipah.Pastikan air guna ini jumlahnya 1 1/4 cawan. jika kurang tambah air lagi. Gaulkan semua bahan sebati dan tapis. Kesemua adunan akan menghasilkan lebih kurang 310 ml .
3-Masukkan air dalam pengukus lebih kurang 4 liter dan panaskan dgn api sederhana.
4-Sapukan sedikit planta ke bahagian dalam acuan. Tujuannya supaya kueh ini mudah dikeluarkan bila masak nanti.
5- atur acuan2 di atas redai pengukus dan masukkan dalam pengukus.Jarak satu acuan dgn yg lain lebih kurang 1 cm.Lebih jarak lebih baik. Tutup pengukus dan biarkan air menggelegak 2-3 minit dan acuan panas.
6-Buka penutup pengukus, kacau adunan dan tuangkan  dalam acuan2  sehingga 80% penuh. Sebaiknya guna  jug bermuncung supaya mudah menuang adunan ke dalam acuan.
7. Tutup semula pengukus dan kukus kueh 30 minit.
8. Tutup api, keluarkan kueh dan sejukkan dalam takungan air atau biarkan sejuk dalam cuaca bilik (lambat). Kueh yg menjadi akan ada lekuk atau lompang ditengahnya..baru boleh dipanggil kueh lompang.
9.Bila sejuk keluarkan kueh dari acuan dan letakkan sedikit kelapa parut.
Hidang dan makan la....oops ambil gambar dulu, masuk FB he he.

TIPS
(a)* Saya guna tepung beras cap bunga teratai, Jika guna tepung beras cap gajah, kena tambah air jadi 1 2/3 cawan .
(b) Selain tepung gandum boleh juga ganti dgn tepung jagung. Cuma jumlah tepung jagung hanya 2 sudu bagi setiap adunan. Jadi  bagi adunan satu cawan tepung beras,kurangkan 2 sudu dan tambah 2 sudu tepung jagung.
(c)** Saya guna acuan plastik boleh juga guna acuan  tembikar. Acuan aluminium atau steel tak pernah jumpa lagi.  Hasilnya sama.
(d) Guna pengukus apa pun boleh, ia tak menjejaskan hasil yg penting pengukus kena panas. Acuan tu tak panas pun tak per. Maknanya jika kita tuang adunan diluar pengukus dan masukkan dalam pengukus panas pun boleh.  Cuma  tangan kita yg mungkin lecur. Bergantung kpd jenis pengukus anda.
(e)Boleh pelbagaikan ramuan untuk rasa yg berbeza. Air boleh diganti dengan santan atau susu. Gula boleh diganti dgn gula pasir dan boleh guna pewarna ikut suka. Sukatannya sama.


Gambar2 di bawah ini adalah hasil  dari kepelbagaian bahan yang diguna. Selamat mencuba.
 

 

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Lets Masak said...

Assalamualaikum wrt wbt,

Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
http://letsmasak.com/register

Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


Ikhlas daripada,
Letsmasak.com