Wednesday, October 22, 2008
sambal sotong
Bahan2:
10 tangkai chili kering
2 sudu gula
sedikit garam
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar.
sesenduk minyak masak.
Sotong 4 ekor
Cara.
1-guntingkan chili dan rendam dalam air panas sebentar. toskan dan cuci.
masukkan dalam blender dan kisar halus bersama secawan air.
2-panaskan minyak dan tumiskan chili. masukkan 1/2 air lagi kedalam kuali.Biar mendidih perlahan lahan sehingga keluar minyak (lebih kurang 1/2 jam).
3-Kisar bawang putih dgn bawang merah.
4- Siang sotong,buangkan kulit , potong kecil dan ramas dengan asam keping/gelugor. Bahagian kepala sotong,dibuang punatnya. cuci bersih2.
5- Kaut dan balik2 kan chili yg sedang dimasak, biar mereneh sehingga agak pekat. masukkan bawang yg telah dikisar.
gaul2kan dan biar sampai agak kering sambalnya.
6- Masukkan sotong. Jangan tambah air kerana sotong akan menghasilkan air. Pastikan api perlahan. Tutup kuali dgn penutup periuk. biarkan 5 minit lagi, gaul sesekali.
7- Tambah gula dan garam. gaulkan rata dan angkat.InsayAllah sotong itu akan lembut isinya.Boleh tambah sesudu air asam jawa jika suka masam.
selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih atas resepi ni . teya nak masak kat dapur sambil bawak laptop2 sekali . haha
siap juga sambal sotong teya ni .:P
bawak jgbn tak bawak.. resipi ada kat dlm laptop tu.... jgn sotong melompat dah la..
Post a Comment