Wednesday, May 20, 2009
Ati Pari (manisan)
Ati pari adalah nama sejenis masakan tradisi orang Temerloh , Pahang. Ianya sejenis manisan seperti puding yang lembut dan perlu disudu untuk memakannya. Rasanya sedap. Mari kita cuba,satya belum p[ernah buat sendiri, kawan saya yang buatkan dirumah saya, saya tolong tengok dan makan sahaja.
Bahan2nya...
2 biji jagung manis (madu)
1 cawan tepung beras
sebiji kelapa (ambil 2 gelas santan pekat-600ml)
3 keping gula melaka
sedikit garam
Cara membuatnya:
1-Masak gula melaka dengan 1/2 cawan air . Tapis dan sejukkan.
2-Hiris jagung manis. Tambah sedikit air dan kisar.Tapis. Hampas jagung boleh di kisar semula sehingga 2-3 kali.
3-Bancuh tepung dengan santan dan tapis ke dalam bancuhan jagung.
4-Adun semua bahan termasuk garam, kacau rata. Rasa manisnya , jika tak cukup manis (ikut citarasa sendiri), tambah gula pasir.
5-Masak kesemuanya bahan tadi dalam periuk dan sentiasa dikacau sehingga pekat dan menjadi likat (bersinar).
6-Masukkan ke dalam bekas/mangkuk puding dan sejukkan. Lebih sedap dimasukkan dalm peti sejuk.
sumber: Miza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment