Thursday, September 24, 2009

Rendang Tok Kuala



Bahan kisar:

200g bawang merah (10-15 ulas)
satu labu bawang putih (8-10 ulas)
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai (ambil 4 inci dari pangkal)
(hiriskan semua bahan dan kisar)

Bahan-bahan utama dan rencah:

1-2kg daging lembu di hiris setebal 1x2 inci (lebih kurang)
150g Rempah rendang tok
[Beli rempah dari gerai no.1 di Pasar Kuala Kangsar, minta rempah untuk sekilo harganya RM2.50]
3-4 liter santan (3 biji kelapa)
3 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
100g gula kabung (anggaran)
2-3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5-7 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa (2 sudu)

Cara membuatnya:

1. Rebus/panaskan semua bahan kecuali kerisik. Guna api sederhana dan masukkan santan sepenuh kuali. Bila bahan mengering dan menyusut, masukkan santan lagi sehingga habis semua santan. Kacau dan gaulkan bahan sentiasa supaya tak lekat di kuali. Proses ini makan masa lebih kurang 3 jam.
2. Renehkan sehingga daging lembut.Sebelum bahan kering, masukkan kerisik. Gaulkan dan balikkan sehingga bahan2 agak kering dan keluar minyak. Tutup api. Rendang sudah boleh dimakan.
3. Ulang panaskan daging setengah jam atau lebih setiap hari selama 2 hari lagi. Selepas proses ini rendang akan tahan lama sehingga sebulan jika dipanaskan pagi dan petang.Rendang ini boleh dikeringkan menjadi serunding daging.

selamat mencuba.
Nota: Guna gula kabung atau gula melaka bukan gula pasir. Gula kabung ini akan menyebabkan rasa rendang lebih bagus dan lebih tahan lama.

2 comments:

Unknown said...

Memang mengancam...
Tak sabar nak pi rehat dan makan nih...Dah kat kul 12 t/hari dah ni..

Ummu Waheedah said...

Dah dekat pukul 12 tapi hari yg berbeza... en lana, lani tengah makan kat mana. lam juga saya tak menjengah blog en .lana bulu...