Sunday, February 28, 2010

Penangan terung pipit


Generasi masa kini mungkin tak ramai yang tahu atau pernah lihat terung pipit. Malah tentu ramai yg tak tahu sama ada boleh makan ke tidak terung pipit ni . Lebih ramai lagi agaknya yg tertanya2 nak masak macam manalah terung pipit tu. Maklum terung pipit bukanlah sejenis makanan yg disukai ramai. Rasa terung pipit ini sedikit pahit dan maung. Biasanya di gerai masakan kampung terung pipit direbus atau dicelur sahaja untuk dijadikan ulam-ulaman dimakan dengan sambal.

Sebenarnya ada beberapa spesis terung di muka bumi ini. Yg biasa kita lihat ialah yg berwarna ungu berbentuk panjang atau bulat. Yg ini siapa tak pernah lihat, memang kena selam dalam perigi buta la he he. Di luar negara, di Mekah dan Turki umpamanya, ada jenis terung bulat yang besarnya sebesar pinggan. Sebiji boleh buat kenduri..!!.

Terung2 yg kurang dikenali adalah terung yg bersaiz kecil yang biasanya dibuat ulam. ada terung yg lonjong , saiz sepanjang 2-3in berwarna putih dan ungu. Ada juga yg bersaiz bulat sebesar duit 20sen dan terung pipit ini adalah terung berwarna hijau muda bersaiz duit 5sen.Ada juga yg dipanggil terung susu kambing.

Resipi:Tumisan terung pipit:
Bahan-bahannya:-
selonggok terung pipit
5-6 tangkai chili kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Sesudu gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu asam jawa
sedikit belacan jika suka
2 sudu besar minyak untuk menumis.



Cara memasak:
1-Buang tangkai terung pipit dan cuci.
2-masukkan terung dalam kain muslin/kain kasa dan tumbuk sedikit supaya pecah2. tujuan dimasukkan dalam kain itu supaya terung tak 'terbang'.
3-Kisar chili kering yg sudah dihiris dan direndam dengan air panas bersama bawang merah dan bawang putih.Bancuh asam jawa dgn sedikit air dan masukkan dalam chili kisar.
4-Panaskan minyak, masukkan ikan bilis yg sudah dibersihkan. Tumis seketika dan masukkan chili kisar tadi. Pijarkan 1-2 minit dan tambah 1/2 cawan air. Biarkan merenih sehingga sambal menjadi agak pekat dan naik minyak.
5- Masukkan terung pipit, gula dan garam. Gaul2kan dan biar terung pipit layu (3-4 minit) sebelum diangkat.Tutup dengan penutup periuk bagi mencepatkan terung layu.Angkat dan hidangkan. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan sedikit ikan masin.

**Penangannya.. ha sendiri rasa baru tahu. Dua minggu lepas mak saya yg mengidam nak makan terung pipit ni. Lalu jiran saya yg baik hati pun tolong cari sebab ada beberapa rumah jiran yg tanam terung ni. Dapatlah semangkuk. Sukanya hati mak saya.Dah lama benar tak makan terung pipit. Saya pun dah lama tak masakkan kerana 'malas'. Hari tu tak tak pasal saya pun teringin menjamah sama, esoknya saya mengidap sakit2 badan -angin. Mak saya selamba jer tak ada apa2, dia makan sampai menjilat jari. Emm nasib la, tekak tak sama walaupun anak beranak. Kesan dan penangan pun tak sama, ada orang tak angin pun makan terung.Ada orang gatal2 badan dan sakit badan. Jadi kalau tak pernah rasa tu eloklah rasa, supaya tahu apa rasanya. Tapi tak rasa pun tak apa2 :)

No comments: