Tuesday, April 19, 2011

Briani Ayam ustaz


Bahan2nya (untuk 50 orang)
A-Bahan untuk Nasi
Beras siam Maharani 5 kg
pewarna kuning 2 sudu teh
3 sudu tairu
Kismis 250g
gajus 50g -digoreng
badan 50g -digoreng
Rempah kari briani 100g -digoreng tanpa minyak
buah pelaga 5-7 biji
bunga cengkih- 5-7 biji
bunga lawang 5 kuntum
kulit kayu manis 2-3inci
Hirisan daun ketumbar + daun pudina (4 cawan)
Bawang goreng 400g
Daun pandan 2 helai
Daun pisang sepelepah


B-Bahan untuk Ayam Briani
Ayam 5 ekor @ 10 kg -potong 12 dan bersihkan. Ambil isi sahaja.
Tomato puri 400g cap Diga
Minyak sapi 150g
Minyak masak 150ml
Gula batu (kiub) 100g
Tomato segar 1/2kg -belah 4
Hirisan daun ketumbar + daun pudina (1 cawan)
Badam + gajus kisar
Bawang goreng segenggam.

Bahan Kisar untuk kari ayam:
-2 genggam bawang putih yg telah dikupas
-8 biji bawang besar
-250g halia
-2 gelas air
-Tuang bahan kisar dalam mangkuk, campur dgn 350 kari daging.

Bahan tumis untuk kari ayam:
Bunga lawang 5 kuntum
Bunga cengkih 5-7 kuntum
Buah pelaga 5-7 biji
Kulit kayu manis 2-3 inci
daun pandan 2 helai


C- Bahan utama untuk Dhalca:
Kacang Dhal 500g-rendam semalaman
kaki,leher , dan hempedu ayam (dari 5 ekor ayam)
Kentang 1 kg -kupas dan belah 4
Tomato segar 1/2kg -belah 4
Lobak merah 1/2kg hiris nipis memanjang
Kacang panjang secekak -potong 1 1/2in
Terung bulat 3 biji (besar)-belah 8
Chili merah segar 5 biji
Chili hijau segar 5 biji
Gula batu (kiub) 50g
Asam jawa 100g + semangkuk air,buang biji.

Bahan kisar untuk dalca:
-Segenggam bawang putih yg telah dikupas
-4 biji bawang besar
-50g halia
-segelas air
-Tuang bahan kisar dalam mangkuk, campur dgn 100g kari daging.

Bahan tumis untuk dhalca:
Bunga lawang 3 kuntum
Bunga cengkih 5-7 kuntum
Buah pelaga 5-7 biji
daun pandan 2 helai
daun kari 3 pelepah
Minyak masak secawan.

D-Bahan untuk Acar timun
-4 biji chili merah
-3 chili hijau
-8 biji bawang besar
-300g gula
-4-5 sudu garam.
-Sebiji Nenas,
-1kg Timun
-1/2 kg lobak merah.
(buangkan empulur timun supaya acar tidak berair. Kulit timun tak dibuang)
Masukan semua bahan yg telah dihiris dalam besen dan biarkan ia sebati .

Penyediaan: (mengikut ingatan saya)

1-Rendam kacang dhal semalaman. Rebus kacang dhal dengan air secukupnya.Proses ini dibuat sebelum penyediaan sayur dan bahan2 lain supaya menjimat masa. Rebus sampai empuk kira2 40 minit.

2-Rendam beras selam 2-3 jam.

3-Hiris nipis2 daun ketumbar serta akarnya (RM3). Hiris daun pudina segar (RM2.

4-Belah 2 daun pandan ,dan simpulkan menjadi 3 bahagian.

5-Cuci dan potong kacang panjang, terung,kentang ,lobak, Chili segar dan buah Tomato . Terung dan kentang perlu direndam dalam air untuk elak lebam.Chili segar belah dari bahagian tangkai ttp jgn diputuskan. semua ini untuk campuran dalca

6-Kisar kering 50g badam dan 50g buah jagus.Bahn ini utuk kari ayam.

7 Sediakan tairu dengan mencampurkan 3 sudu oren sunquick dengan 1/2 tin susu cair. Biarkan ia membeku. Tairu ini kan dimasukkan dalam nasi dan kari ayam briani.

8-Sediakan bahan tumis iaitu cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, minyak masak, minyak sapi, daun kari &daun pandan .Ayam yg sudah dibersihkan disingkan, ambil kaki, leher dan hempedu ayam untuk dimasukkan dalam dhalca


Acara memasak:
1-Gunakan 2 tungku dapur untuk cepatkan proses masak. Periuk untuk ayam mestilah mencukupi untuk 10 ekor ayam, Periuk untuk dhalca lebih kecil. Panaskan kedua2 periuk serentak, masukkan minyak masak sekadar 1/2 inci didasar periuk. Tambah
dengan minyak sapi 2-3 sudu kedalam periuk Ayam.

2-Masukan bahan tumis ,daun kari, daun pandan dalam periuk masing2, tumis perlahan hingga naik bau (kira2 5 minit.) Masukkan bahan tumisan kari ayam dan kari dalca kedalam periuk masing2 dan gaul, tumis hingga pecah minyak. Untuk dalca, masukkan air asam jawa .. Untuk kari ayam masukkan semangkuk air (2 liter).Biarkan bahan merenih 10-15 minit.

3- Masukkan gajus + badam kisar dalam campuran kari ayam.Masukkankan ayam perlahan2.Gaul ayam supaya merata karinya.Biarkan masak 30-40 minit dengan dibolak balik ayam sekali sekala. Masukkan secawan hirisan daun ketumbar + pudina,tomato yg telah dibelah 4, bawang goreng dan 2 sudu tauru. Akhir sekali masukkan 100 gula batu dan segenggam garam kasar. masak 15 minit lagi.

4- Masukkan kacang dhal yg sudah direbus dalam periuk dalca.Masukkan kentang , masak selama 15 minit,kemudian baru masukkan terung, 1/2 bahagian kacang panjang dan lobak merah. Tambah air dan biarkan masak selama kira2 30 minit. Masukkan chili merah, chili hijau, kacang panjang ygseparuh lagi, gula batu dan garam kasar. Kacau dan rasa garamnya. Bila semuanya masak tutup api.



















5-Masak nasi. Sediakan periuk 30L. Panaskan air sebanyak 3/4 periuk, campur dengan buah pelaga kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih , gula batu , garam , 3 sudu pewarna kuning dan daun pandan. Basuh beras yg telah direndam dan toskan. Bila air menggelegak, masukkan beras dan biarkan 3/4 masak (kira2 40 minit). Tapiskan nasi, buang air berlebihan.

6-Gunakan periuk nasi yg sama,masukkan minyak sapi dibahagian bawah periuk,letakkan daun pisang . Tuangkan nasi separuh bahgian. Kemudian taburkan bawang goreng , hirisan daun ketumbar,daun pudina, gajus/badam yg digoreng , kismis, tairu , susu cair dan percikkan pewarna kuning. Masukan 1/2 bahagian nasi yg selebihnya atas lapisan pertama. Tabur lagi bahan2 seperti sebelumnya. Buatkan kolam/lubang ditengah2 periuk (kaiskan nasi), tutup dengan daun pisang dan tutup periuk . Biarkan diatas api kecil selama 30 minit lagi. Bila nasi masak , gaulkan nasi sebelum dihidang.

Nota :Bagi program memasak kali ini , masakan dibahagi2 kepada pelajar dan pengajar. Setiap seeorang dapat bawa balik nasi dan lauk yg boleh dimakan 6-7 orang. Kosnya lebih kurang RM230 semuanya. Nasi dan ayam best sangat rasanya tapi dalcanya bagi saya pedas. Acar tak cukup :), Terima kasih kpd Ustaz Muzakkir Turau yg sudi mengajar secara percuma.Moga Allah s.w.t membalas dengan balasan pahala yang berterusan , amin.

3 comments:

fiza, koop pknp said...

salam, nmpk mcm sedap sgt2, terliur

la_abwa said...

Wsm Fiza,

kena try tu. Saya buat untuk makan 2-4 orang guna 2 pot beras, simplified.

idea yg mudah iaitu kita rebus beras dengan air yg banyak (3x ganda) lebih kurang 10 minit shj then toskan.(masukkan rencah mcm dlam resipi).

Masukkan minyak sapi, susu,kismis, bawang goreng,daun ketumbar dan rempah resipi,gaul rata2.

Masukkan dalam rice cooker biarkan dia msak sendiri. InsyaAlah jadi. tak berkerak pun.

untuk lauk boleh ikut yg ni atau resipi lain :)

Asni said...

Bagus la resepi ni..tak macam dalam blog blog lain..tkasih, boleh cuba nanti.