Monday, December 5, 2011

Kerepek pisang


Bila sebut kerepek pisang, tak ada yg special. Biasalah kerepek pisang boleh dibeli dengan senangnya. Sepaket di jual berbeza-beza beratnya. ada yg dijual 300g RM6, ada y di jual 100g RM2, macam- macam.

Bagi penggemar kerepek pisang tentu boleh membandingkan rasa antara kerepek pisang nagka denagn kerepek pisang abu, pisang tanduk , pisang nipah atau pisang relong.Bagi saya paling suka buat kerepek dari pisang abu atau dipanggil pisang batu/pisang nipah disesetengah tempat.

Pisang nangka yg muda
Cara saya buat kerepek:-
1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau.

2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.

3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.

4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.

5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir, kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara-semestinya Tupperware one touch canister!

tips:
1-sementara menunggu kerepek selama 5-7 minit itu, anda boleh teruskan mengupas dan menyagat pisang. Ulangi proses mengoreng hingga habis pisang.
2- Tangan kita yang terkena getah pisang akan meleket dan bergetah coklat. Gunakan minyak masak untuk menghilangkannya. Kesat dengan tisu tebal.

Selamat mencuba.

13 comments:

Anonymous said...

pemotong atau mesin kerepek pisang selalu digunakan rupanya bagaimana

Ummu Waheedah said...

Saya guna penyagat biasa jer... boleh di beli di pasar pagi atau pasar malam. mata pisaunya boleh di tukar2...kalau nak potong2 carrot, timun dll boleh juga.Harga RM10 , di supermarket cari bahgian pisau/sudu/garpu.

Ummu Waheedah said...

Boleh beli penyagat tu secara online di sini http://sematshop.blogspot.com/2012/09/penyagatslicing-serbagunaharga.html

alifmimyanun said...

terima kaseh cek.

Ummu Waheedah said...

Penyagat tu boleh beli online di lazada.com.my,pada ruangan search type perkataan "peeler" di sana lebih murah.

fazliana said...

pehhh sedapnya kerepek pisang nie..nk cari penyagat jenis cmne ek?

Ummu Waheedah said...

beli online jer
www.lazada.com.
search 'peeler' atau scapper

cempakakasturi said...

as salam kak.. sy 1st time buat kerepek pisang nangka.. nk tanya akk apa sebab kerepek kita jd lembik bila dah goreng? adakah pisang tu dah masak?

alla said...

Sedapnye..tgh cr supplier.teringin

Unknown said...

air garam tue kene letak sekali shj ke? atau kene berulang kali masa menggoreng

Ummu Waheedah said...

Air garam letak sekali shj di akhir sekali....brp bnyak air garam tu kena ikut berapa banyak pisang yg digoreng.

Unknown said...

Nak try buat kerepek pisang ikut cara akak pulak😊

Unknown said...

Salam semua pembaca saya menjual kerepek pisang nangka sejak 2 tahun lalu dan mendapat sambutan penduduk setempat cukup menggalakkan.. sehingga sekarang terus menjual ..bagi sesiapa yang ingin mencuba kerepek pisang nangka manis sila hubungi nombor 0199786168/010866,5758 mkeseri sedia maklum..tq