Monday, November 14, 2005

Laksa




Kuah Laksa:

Ikan kembung/ikan sardin segar sekati (5 ekor )
Chili kering segengam ( nak lebih pedas tambah lagi)
5-6 ulas bawang merah
Seinci belacan (pilihan, tak bubuh tak apa)
5 keping asam gelugor
dua tiga pelepah daun kesum
setangkai bunga kantan (yang kembang lebih baik)
2-3 sudu gula pasir
sesudu teh garam
air untuk rebus.

Bahan Laksa:

Sepaket laksa segera (laksa kering)
Timun - dihiris nipis memajang macam mancis
Cili merah segar dihiris nipis (1-2 biji)
Bawang besar dihiris nipis-sebiji
telur rebus (jika suka, di belah 4)
Limau nipis

Cara masak kuah:

1- Bersihkan ikan, rebus dengan sedikit air (sekadar menutupi ikan tu). Bila empuk , (kira kira 10 minit), matikan api. Buang tulang2 ikan, ambil isi sahaja. Blend isi ikan dengan air rebusan tadi.

2-Sementara rebus ikan, potong atau guntingkan chili kering dan rendam dengan air panas sebentar (5 minit). Basuh dan toskan. Blend dengan bawang yang telah dihiris dan belacan.

3- Campurkan isi ikan yang telah di blend dengan chili kisa ini dalam periuk. Tambah 4-5 gelas air . Bunga kantan dibelah 4 dan masukkan sekali. Masukkan asam gelugor. Didihkan selama kira kira 30 minit. Bunga kantan ni kira wajib ada, kalau tak tak nama laksa ler...

4- Masukkan daun kesum, garam dan gula. Rasa garamnya. Tak cukup tambah lagi. Biar kira kira 5 minit sebelum dimatikan api.

Cara penyediaan:

1- Laksa direndam kira2 2 jam dengan air sejuk.Kemudian rebus hingga empuk dan toskan.
(Biasa saya masak serentak, sambil buat kuah sambil rebus laksa yang sudah direndam.)
2- Timun, bawang ,chili merah , limau dan telur rebus di ataur ataus pinggan berasingan.
3- Ambil sedikit laksa , bubuh sedikit bahan2 no.2 di atasnya dan tuang kuah laksa. Perah limau.

Apa lagi.. baca doa makan dan makanlah.., ia halal dan baik. Ada orang tambah ketumbar dan bahan lain, tapi saya buat simple macam ni jer.. Selamat mencuba.

2 comments:

Anonymous said...

kalo nak rasa lebih mengancam, blend sekali ikan tu ngan beberapa ekor udang basah.. karannnn

Ummu Waheedah said...

udang lagi.. waduh guwe alergy udang, nanti matanya merah macam saga. jenuh nak titik qurrataini.. lak. he he. Tapi yg tak alergy tu bolehlah, ada orang tambah sios tiram lagi.