Wednesday, November 9, 2005

Tom Yam la'abwa



Inilah resepi Tom Yam cara saya . Tak pakai bahan awet atau perasa, cubalah siapa yang terliur nak makan Tom Yam tu. , mungkin ada orang lain lebih suka pakai rempah tomyam maggi yang boleh dibeli dari pasaraya, tapi hati hatilah.. semua bahan awet ada kesan sampingan pada badan. Eloklah kita makan yang fresh saja , lagi pun tak susah...selamat mencuba.


Tom Yam Asli



Bahan2.


Semangkuk isu daging ayam (di potong dadu tau nipis)

2 biji tomato(ambil sebiji yang sudah merah tua, dipotong dadu , sebiji lagi muda di belah 4)

½ batang lobak merah –dihiris nipis

4 putik jagung (dibelah 4)

sedikit kobis bunga- potong kecil

1 inci halia-diketuk

3 batang serai- diketuk

2 pelepah daun kesum

Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

3-4 helai daun limau purut

sebiji bawang besar- potong membulat

sebiji limau nipis (ambil juz-jika suka)

2 sudu gula pasir

garam secukup rasa

I senduk minyak untuk tumis

3 gelas air (atau lebih )


Bahan untuk ditumbuk:

5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)

2 ulas bawang merah

seulas bawang putih

sedikit garam



Cara masak:

1-Masukkan minyak dan bahan yang telah ditumbuk dalam periuk. (jangan panaskan minyak) . Nyalakan api kecil. Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk.Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)

2-Masukkan ayam dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan sampai daging ayam empuk (15 minit) .Gunakan api sederhana.


3- Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air .Biarkan air menggelegak. Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), Daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit. Akhir sekali masukkan garam , gula , cili api yang tidak di potong dan air juz limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.

4-Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

* sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Juz limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik, juz limau tak digalakkan.

2 comments:

Anonymous said...

kalau xde daun kesum, sedap x?

Ummu Waheedah said...

ok tak der daun kesum tu...
yg buat kat kedai/warong pun tak der daun kesum, cuma saya suka daun kesum. Tapi kalau tak ada serai, tak nama tom yam lah..