Saturday, June 7, 2008

Nasi goreng bi syur'ah



Nasi Goreng bi Syur’ah

Bahan-Bahan

2 mangkuk nasi (dua pot beras)
Sebiji telur
10 batang kacang buncis
sebiji chili merah
sebiji bawang besar
2 sudu mentega
sekuntum bunga kantan (yg masih kudup)
Sedikit perasa Ana (jika suka)
Sedikit serbuk lada sulah (jika suka)

Bahan hiasan: Daun sup & daun bawang
Bawang goreng (jenama fama)
Kismis & kurma
Hirisan tomato
Hirisan bunga kantan

Cara menyediakannya:

1-Panaskan mentega dlm kuali dgn api kecil
2-kupas bawang besar dan potong dadu. Masukkan dalam kuali. Kacau sebentar.
3-Pecahkan telur dan pukul dgn garfu. Masukkan dalam kuali, kacau sebentar dan pantas.
4-potong kacang bucis kecil2 dan masukkan dalam kuali. Kacau beberapa ketika dan biarkan sehingga kacang buncis layu.
5-Masukkan nasi dan gaulkan dgn semua bahan. Biar sebentar.
6. Hiris bunga kantan nipis2, masukkan separuh ke dalam kuali. Gaulkan.
7.Hiris chili merah nipis2 dan ,masukkan dalam kuali. Gaul dan balik2kan lagi,
8-Taburkan 1 sudu teh perasa jenama Ana
9. Taburkan ½ sudu the lada sulah, jika suka.
10.Kaup dan balik2kan semua bahan kira2 seminit lagi .

Menghidang :
Masukkan nasi dalam mangkuk dan tekan sedikit. Tangkupkan mangkuk atas piring leper. Hiaskan dengan sebiji kurma lembut, beberapa biji kismis, hirisan bunga kantan, hirisan daun sup dan daun bawang, bawang goreng dan beberapa hirisan tomato. Sedia untuk dimakan bersama ikan bilis goreng dan keropok goreng.

Nota:Resipi ini siap diambil gambarnya pada pagi Sabtu 7 Jun 2008 di Kuantan. Selamat mencuba. Enak di makan bersama kopi radix mai secawan . Bi syur’ah tu maknanya dengan segera (cakap Arab daa..)

Resipi ori dari La'abwa
Sabtu 7 Jun 2008

No comments: