Assalamualaikum wbt,
Ni nak beri sedikit tips tentang cara untok memasak dengan keadah BBQ.
CAra yang terbaik yang saya tahu ia lah dengan mengunakan batu bata merah sebagai tempat BBQ.
Letak, sebesar mana yang di kehendaki , batu bata di atas lantai rapat rapat.Kemudian jadikan longkang dengan meletakkan lagi batu bata di atas nya.Sebaiknya guna dua lapis batu untok ini.
Bakar arang sehingga menjadi bara dan apabila api telah berhenti, tinggal bara sahaja; kipas semua abu keluar dan mula panggang atas bara.
JANGAN Kipas bara semasa memasak. Abu dari bara tidak baik untok kesihatan. Tanpa api naik ke makanan, makanan yang di masak akan menjadi lembut dan gebu.
Kita boleh buat tempat BBQ yang sebesar mana kita mahu dengan cara ini. dan dengan batu bata, masakan akan dapat di masak dengan cepat. Heat is retain.
Kalau nak jadikan tempat BBQ ini sebagai Oven.cuma letakkan penutup yang sesuai dan pastikan apabila buat " longkang" tadi guna bata yang berlobang.
selamat mencuba.
ps. cara ini paling baik untok kambing dan lembu dan kerbau.... nak masak mata kerbau pun boleh.
Petua daripada:Abdul Karim Said Khadaeid
Friday, 6 June, 2008 11:16
1 comment:
Tq tuan khadaed. Nnt sy nak cuba bakar kueh pulak dlm tempat bakaran batubata ni macam org dulu2 buat bahulu.
Post a Comment