Gambar ini adalah nasi lemak yg diberi oleh jiran saya.
Bahan-bahan
A- Nasi lemak
1-2 pot beras dibasuh dan ditoskan
2-1/2 biji kelapa ambil 3 pot santan
3-2 helai daun pandan ( tak ada pun tak apa)
4- 1/2 inci halia di hiris nipis (jika suka)
5-1/2 sudu teh garam
B-Lauknya
2 biji telur (dicuci kulit luarnya dahulu)
Secawan ikan bilis (dibersihkan dan basuh )
1/2 cawan kacang tanah
10 biji chili kering
5 ulas bawang kecil atau sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu gula
1 sudu teh garam
sesudu asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit belacan (jika suka)
Minyak masak untuk menggoreng
sebiji timun
Cara membuatnya:
1-Masukkan santan dalam periuk nasi letrik. Masak santan itu dahulu sehingga menggelgak baru masukkan nasi,garam, halia dan daun pandan.Kacau sebentar dan biarkan nasi masak. Sebelum nasi kering kacau sekali lagi supaya santan merata dan letakkan 2 biji telur di atas nasi. Telur akan masak bila nasi sejuk.
2-Kisar chili kering bersama bawang merah, bawang putih dan belacan hingga hancur dengan secawan air.
3-Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing dan angkat.
4-Goreng kacang tanah sehingga garing dan angkat.
5-Gunakan minyak yang sama, tumis bahan yg dikisar dengan api sederhana. Kaup dan balikan selalu supaya tak hangit .Masukkan masukkan gula, air asam dan garam. Masak lebih kurang 20 minit hingga naik minyak dan air mengering sedikit. Angkat.
Cadangan hidangkan:
Keluarkan telur dan kupas kulitnya. Belah menjadi 4-6 bahagian setiap sebiji telur.
Masukkan nasi dalam mangkuk kecil . Tekan nasi dan telangkupkan pada piring. Aturkan belahan telur, ikan bilis, kacang goreng, hirisan timun dan sambal di sekeliling
nasi.
Jika tak suka telur rebus boleh buat telur dadar yang nipis. Caranya telur di pecahkan. Keluarkan bahan bergentel putih (tali pusat) untuk mengelak telur hanyir. Pukul telur dengan sedikit garam. Dadarkan menggunakan kuali leper dan minyak yg sedikit seperti buat kueh ketayap. Gulung telur dan gunting selebar seinci atau kurang. Letakkan di atas nasi semasa menghidang.
No comments:
Post a Comment