Monday, October 27, 2008
Kek halia
Kek Halia Segar
Bahan-Bahan:
115g mentega
115g cawan gula perang
2 biji telur
225g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh serbuk penaik
4 cm halia ( di tumbuk)
1 sudu te serbuk kayu manis
25ml golden syrup atau madu
25ml susu segar
Cara membuatnya:
1-panas kan ketuhar.Sediakan caserol atau dulang pembakar 8 inci persegi
2-Ayak tepung bersama serbuk penaik, sebuk kayu manis dan halia dalam mangkuk pembancuh.
3-Masukkan mentega gaulkan. Masukan pula gula dan kacau.
4-Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama madu/syrup dan susu.
5-Tuang bahan telur ke dalam bahan tepung dan pukul dingga sebati dan rata.
6-Tuang adunan ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 30 minit. (saya guna microve fungsi convection + microwave)
Nota : oleh kerana gula perang tak ada saya guna gula halus putih , jadi warnanya tak perang seperti sepatunya. Baunya sedap.
Resipi ini di ambil dari buku bertajuk: cancer prevention cooking by beatrice Heywood Taylor. printed in S'pore.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment