Saturday, January 10, 2009

Pecal jawa


Bahan-bahan sayur
Bahan-bahan yang boleh dimasukkan dalam resipi pecal jawa ini ada lah seperti berikut tetapi tidak semestinya semua bahan ini ada. Mungkin boleh dipilih beberapa bahan yang disukai sahaja atau bahan yang ada ketika sajian disediakan.

1-Kacang panjang secekak dipotong kira2 1.5 inci dan dicelur.
2-sebiji timun dihiris seperti mancis
3-sebiji sengkuang dihiris seperti mancis
4-secekak kangkung dipotong/siang dan dicelur atau dikukus.
5-semangkuk taugeh dicelur.
6-2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
7-2 hiris nangka muda direbus hingga empuk dan dipotong2.
8-Secekak daun ubi kayu direbus hingga empuk dan dipotong kira2 seinci.
9-Betik muda dicincang seperti mancis dan dicelur.


Bahan-bahan Kuah
500gram kacang tanah
5-6 biji cili kering yg elok,dibasuh tanpa dipotong.
4-5 biji bawang merah kecil atau 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci belacan.
seinci ubi cekur (pilihan)
1/2 cawan gula
setengah cawan minyak masak.
segenggam asam jawa.
garam secukup rasa.
Air suam.

Cara menyediakan kuah.

1-Goreng kacang tanah hingga perang.angkat dan toskan.Buangkan kulit ari kacang dengan meramas-ramas kacang dan tampi. Kisar kacang tidak terlalu halus.
2- Goreng chili kering, bawang merah dan bawang putih serta belacan. Angkat bila chili kering mula kembung dan garing.
3-Tumbuk chili, bahan yg digoreng dan ubi cekur hingga lumat.
4-Bancuh asam jawa dengan setengah cawan air, ambil jusnya.
5-Masukkan separuh kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan 1/2 bahagian chili dan gaulkan. Masukkan 2 sudu air asam jawa dan tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Masukkan gula dan garam secukup rasa .

[Simpan setengah bahagian bahan lagi untuk dibancuh kemudian. Ini kerana bancuhan kuah cepat pekat dan tak berapa sedap jika dibancuh awal2. Jika dibancuh aral, ketika nak makan hendaklah di tambah air suam sedikit untuk mencairkannya.]

Cara menyaji.
Aturkan bahan2 sayur dalam pinggan kira-kira sejemput setiap bahan. Tuangkan sesenduk kuah diatasnya . Gaul-gaulkan bahan ketika hendak makan.
Selamat mencuba.

No comments: