Saturday, February 7, 2009

Putu piring


Inilah antara kueh kegemaran saya. Putumambu atau putubambu namanya. Resipinya tak diketahui sebab biasanya saya beli sahaja. Kali ni dapat pula ambil gambar atas persetujuan penjual yg sudah bias dgn saya. Susah juga nak siapkan bahannya walaupun bahan2 tu senang didapati. Nak mendapatkan 'keseragaman; itu lah yg susah. Gula melaka perlu dibeli dari tempat yg sama supaya warnanya sama, agaknya.


Bila seach kat internet orang panggil yg ini putu piring daa.. putu bambu yg masuk dalam buluh 3 inci tu, kah kah! Makan saja tau nama ta tau. mujur tak suruh orang beli, baru merana... lain nak lain dapat.

Bahan2 nak membuat putu ini mudah. Cuma tepung beras, gula merah/gula melaka dan kelapa parut.Yg susah ialah nak menyediakan bekas pengukus yg khas seperti gambar. Emm jadi, lebih sennag beli sahaja. 4 keping RM1. Berbaloi kenyang.

Saya dapat bahan ini resipi dari internet :
Putu Piring (TuTu Kueh)
untuk mendapat sekitar 15 keping

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi



Cara-membuatnya:
1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.
2. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas
3. Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
4-Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

(cara buat ini saya ikuti dari yang apa saya lihat sendiri)

21 comments:

Akuro said...

Salam..
trime kasih atas resepi putu piring 2..
tpi nak tanya..
dkat mana boleh dapatkan acuan kuih ni???
Dah serata dunia da carik..
tak jua ku temui..
hehe..
harap dapat membantu hamba..
salam..
thank you!!

Ummu Waheedah said...

Pasal acuan tu kena pergi kat kedai alumuniam.. kita boleh tempah apa 2 acuan kat situ. Kalau kat Ipoh, kakak saya kata ada di jln Bijeh Timah. Bandar Ipoh lama, dekat belakang kedai kain Kong Fatt. entah saya pun tak pernah pergi.

Encik di mana, rasa di Kajang pun ada. Kat kuantan pun ada, yg penting jgn tanya kat kedai basikal .. he he.

ritz said...

kalau nak tempat jual steamer nie dia ada jual kat chowkit tak silap kedai-kedai jual pinggan magkuk sekarng nie dalam rm 3-4 rt kot aritu ada gi tanya

Unknown said...

kt kajang tue dekat mner eh

la_abwa said...

Kat kajang rasa area dekat Maybank, apa nama jalan pun dah lupa. Dulu ada nampak area situ ada kedai aluminium boleh tanya la.

Anonymous said...

salam....nak minta izin mintak resepi boleh???...suka sgt makan kueh ni....tapi susah sgt2 nak cari...harap2 dah dapat resepi ni, boleh belajar buat....

Ummu Waheedah said...

Resipi kat blog ni memang untuk dimanfaatkan... tak yah minta2. Tapi kalau dah cuba tu elok kongsikan pengalaman membuatnya.

acuan dah ada ker?

Anonymous said...

sy student bachelor rekabentuk perindustrian kt upm. tgh wat satu project utk mereka satu steamer putu piring yg bleh diguna utk kegunaan suri rumah. bleh bagi idea2 atau cdngan x cmane nk hasilkan steamer yg bagus dan sesuai utk kegunaan rumah (bukan utk tujuan komersial)

Ummu Waheedah said...

Bagus sangat idea tu. tentu ramai yg nak beli, saya pun boleh tolong promote di egroups resipidotnet.

untuk kegunaan dapur (non comersial) tak banyak beza dgn yg steamer commersial tu, cuma kecilkan saiznya supaya boleh di letakkan atas pengukus biasa.

anda perlu melihat sendiri steamer yg diguna oleh penjual dan bandingkan dengan beberapa saiz pengukus biasa. lebih baik lahi kalau kuali biasa dan periuk biasa juga boleh diguna dengan steamer yg anda nak buat.

momok said...

jka nk tempah acuan putu ni,pegi kat old town p.jaya,kt blakang mc donal ada kedai jual brg2 plastik..haa ..tanye je acuan ni,mesti ada stok punya,

Anonymous said...

salam..sy peniaga putu piring..info di sini hampir btul..tp kurang tepat dalam nk membuat tepung yang gebu mcm kuih pau..hihi..xpe2..nak acuan die hubungi saya..wan..0137698725..ada yang 10 mangkuk dan 16 mangkuk je..hand made..tq..

Anonymous said...

salam semua..saya ada bekalkan acuan stemer putu piring dan putu bambu..nk blaja mmsak pon bleh sy sy brniaga putu piring di melaka..hihi..x d hal..cume resipi utk dapatkn tepung or kuih yg gebu agak brlainan dgn yg atas ni..acuan tu ada yg 16mgkuk n 10mngkuk..aluminium..handmade..kol saya wan,013-7698725..tq

Ummu Waheedah said...

En wan, u patut buat blog la jual acuan putu piring pula. Mungkin pembaca yg bertanya pasal acuan tu dah tak jengah blog ni lagi, maybe depa search kat google jer.

Satu lagi ttg resipi tu sudi2lah share, baru bebaloi nak belia acuannya he he.

yg 10 piring tu boleh letak dalam kuali ker ? Kuali tupperchef saya ukurannya 38inci kalau ada acuan yg muat dng kuali tu (<35in) barulah ngam. Nk tengok gak rupanya dulu..

Anonymous said...

assalamualaikum en wan,saya berminat ingin berniaga putu bambu...sekarang pon saya berniaga muruku di pasar tani sekitar jb...boleh saya dapatkan harga utk steamer putu ne..thanks

Anonymous said...

assalamualaikum...en wan,sy berminat utk
mnjual putu bambo.berapa harga utk steamer?dan sudikah en wan utk
mengajar saya cara membuat putu bambu..trima kasih

Anonymous said...

assalamualiakum. en wan boleh ka kalau pos kan steamer putu piring tu ke sabah? kat sabah susah nak cari acuan tu. pas tu brapa harganya

Sam said...

Kay in nam mints ane

Unknown said...

Sedap sangat ni..Daun pandan boleh nak ganti daun suji?

I Putu Kirana Sari

Latifah said...

Kirana sari... sy pun tak tahu daun suji tu mcm mana bentuknya hihi

Unknown said...

Ade yg pernah cuba ke resepi diatas ni? Jd x?
Sy amik masa 7tahun untuk belajar memahami kuih ni. Kuih tradisional yg amat rumit.
Rahsia nya x pernah didedahkan mana2 peniage.. carilah dlm google video cara proses tepungnya.. memang x ade..

Unknown said...

Pernah cuba x resepi ni? Jadi x?