Saturday, March 21, 2009
Panduan memilih dan menjaga acuan kueh ros
Memilih acuan kueh ros tidaklah susah. Asal kita tahu di mana nak beli acuan ini. Biasanya di pasar2 besar ada di jual terutama di pasar Payang Kuala terengganu, Pasar besar Ipoh dan banyak di kedai/pasar di Kelantan. Di negeri2 lain juga ada, kadang2 penjual barang2 pinggan mangkuk juga ada menjualnya.
Biasanya acuan ini dibuat dari tembaga kuning atau zink. Biasanya zink lebih nipis dan suasah untuk diguna melainkan mereak yg sudah biasa. Pilihlah acuan yg sederahana nipisnya dari jenis tembaga kuning. Tentang bentuknya terpuang kepada citarasa.Biasanya yang berbentuk bunga bulat itulah yg biasa jadi pilihan. Jika suka acuan yang berbentuk seperti daun juga boleh tetapi agak sukar juga menggunanya kerana bahagian bucunya akan menimbulkan masalah bila merendam kueh dalam kuali.Kueh akan susah dikeluarkan dan melekat pada bucu yg tajam.
Acuan yang baru biasanya mengambil masa untuk menjadi 'biasa'. Acuan baru biasanya menyebabkan tepung melekat pada acuan.Adakalanya berpuluh2 kueh perlu dijadikan korban sebelum acuan baru senang diguna. Dari 4 acuan dalam gambar,2 yang agak sederhana nipisnya,(yang atas) itulah yang elok dan senang diguna.
Acuan lama pula bila lama tak di guna ia akan berkerak, berlumut dan kotor. Cara terbaik untuk bersihkan acuan tembaga ialah dengan merendamkannya dalam air asam jawa = garam kasar. Segenggam asam jawa + segenggam garam kasar memadai untuk merendam 2-3 acuan. Saya merendamkan acuan2 keuh selam 2 hari kerana lama tak digunakan.Lebih lama direndam lebih banyak kotoran akan keluar dengan sendirinya. Kita hanya perlu gunakan sabut kelapa atau berus kecil untuk mencuci rapi.
Acuan yang sudah bersih selepas direndam bolehlah dibungkus dengan plastik dan disimpan. Jangan biarkan acuan yang tak diguna tergantung menadah habuk. Akibatnya bila nak digunakan jenuh pula nak membersihkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment