Thursday, March 12, 2009
Kerang masak lemak
Bahan-bahan
1 1/2 kilo kerang segar
secawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
2-3 batang serai diketuk
sehelai daun kunyit dicarik2
segenggam cili padi dihiris (ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
sesenduk minyak masak
sesudu teh garam.
Tips: Jika nak tahu kerang tu segar atau tidak pilih kerang yang kuat tersengeh macam dalam gambar. Boleh juga cium kerang tu sikit, kalau baunya hanyir.. kerang tu dah agak busuk. Jgan beli kerang yg pemalu.. yg tak buka mulut tu he he.
Cara memasak:
1-Bersihkan kerang.Seeloknya berus kulit kerang dengan berus sabut. Cuci bersih bersih. (jangan guna berus gigi pulak.. he he)
2-Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang dengan cili padi hingga layu.Masukkan serai dan kerang. Gaul2kan dan tutup kuali. Kerang akan menghasilkan airnya sendiri.Jadi jangan tambah air.Masak selama lebih kurang 15 minit , gaul dan balikkan sesekali.
3-Tambahkan santan, garam dan masukkan daun kunyit. Gaul-gaulkan sebentar sekadar melayukan daun kunyit dan angkat. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Waktu menghidang tak perlu masuk hidang daun kunyit dan serai tu...
p/s:Kalau nak masukkan daun kunyit bersama serai pun boleh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment