Friday, March 6, 2009

Lempeng



Bahan-bahan
200g tepung cap sauh/blue key
200ml air
sebiji telur
sesudu susu pekat
secubit garam

cara:1-Masukkan semua bahan dan gaul rata atau boleh guna blender. Tapis bagi mengelakkan ketul-ketulan.
2-Panaskan kuali leper/sauce pan dan sapukan minyak atau majerin.
3-Tuang sesenduk adunan dan pusingkan kuali(gelek) supaya adunan rata dalam kuali dan berbentuk bulan. Tutup kuali selama 2-3 minit . Angkat petutup dan keluarkan lempeng. Ulang sehingga adunan habis.

tips: Lempeng yg bagus akan menghasilkan bentuk belakang yang lembut dan sedikit berlopak seperti gambar. Gunakan api yg sederhana untuk memasak. Sedap dimakan bersama jem,inti kueh dadar, susu pekat, kari atau dimakan begitu sahaja. Kalau digulung dengan inti kelapa yg manis kueh ini jadi kueh dadar.... senang jer nak ubah resipi. Cuma kueh dadar biasanya diwarnakan hijau dan tak dibubuh susu.

No comments: