Thursday, May 21, 2009

Kerisik


Kerisik adalah rencah makanan yang popular di kalangan orang melayu. Banyak masakan orang melayu menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya masakan rendang, serunding, kerabu dan pajri nenas.

Bagi saya sendiri , jarang membeli kerisik di kedai kerana baunya kurang sedap (dah lama) yang menyebabkan masakan kurang terasa keenakannya. Selain membangkitkan bau yg sedap, kerisik yang baik akan menghasilkan masakan yg tahan lebih lama. Kerisik yang baik ialah yg baru dibuat dan dan pastinya dari kelapa parut yang baru.

Sebenarnya membuat kerisk mudah sahaja. cuma proses menggireng kelapa parut yg memakan masa. Biasanya sebiji kelapa perlu digoreng selama 40 minit.Mungkin inilah proses yang membosankan dan ramai yg tak suka buang masa buat kerisik lebih baik beli.Selalunya ia boleh dibeli dikedai runcit atau pasar malam dengan harga seringgit sebungkus (2 sudu).

1-Goreng kelapa parut (tak kira berapa banyak) tanpa minyak sehingga berwarna perang. Kelapa ini hendaklah dipanaskan dalam kuali dengan api sederhana atau api kecil dan sentiasa dikacau agar tidak hangus.

2-Tumbuk kelapa yg telah garing itu hingga keluar minyak atau gunakan blender kering.Kisar kelapa goreng hingga keluar minyak.Inilah yg dinamakan kerisik.Jangan biarkan kelapa yg telah digoreng sejuk baru ditumbuk/kisar kerana ianya sukar mengeluarkan minyak dan liat.Tumbuk/kisar semasa kelapa itu masih panas/suam.

Kerisik boleh disimpan pada suhu bilik tetapi lebih baik disimpan dalam peti sejuk. Ianya tahan lebih sebulan dalam keadaan baik. Ada petua mengatakan jika ingin kerisik tahan lama masukkan garam semasa menumbuk atau mengisar kelapa garing. Walau bagaimanapun saya tidak meletakkan apa2 bahan lain dalam kelapa kering yg dijadikan kerisik.

Kerisik yg baik tidak terlalu banyak mengeluarkan minyak. Kadangkala kerisik yg dijual di kedai minyaknya melebihi separuh dari jumlah kerisik. Hal ini tentunya menimbulkan tandatanya, apa yg dijual ? kerisik atau minyak kelapa? Memandangkan proses buat kerisik ini amatlah mudah, marilah kita usaha buat sendiri.

8 comments:

Anonymous said...

Maknanya kerisik itu termasuk minyak tadi?

Ummu Waheedah said...

Minyak tu keluar hasil proses menumbuk kelapa goreng atau mengisarnya. Kerisk yg baik ialh yg menyeluar minyak.. minyak tu minyak kelapa la.. kerisik tak termasuk minyak tu. Say biasanya bung minyak tu bila masak.

Baru-memasak said...

Hello, nak tanya sikit... bila masak rendang kita masukkan kerisik, masa masukkan kerisik, nak masukkan minyaknya sekali ke? Sori la ye kalau soalan pelik, tapi baru nak belaja masak ni... :) & masa tumbuk kelapa kering tu, agaknya brape lame baru dia pecah minyak?

Ummu Waheedah said...

En/puan Baru masak,
Teroulang kpd tuan/puan, nak masukkan minyak tu seklai pun boleh. Cuma kalau saya yg masak saya tak masukkan minyak yg ada bersama kerisik tu terutama kalau kerisik yg kita beli.

Kalau kerisik buatan sendiri biasnya minyak tak banyak,jd boleh masukkan sekali minyaknya.

Lama masa untuk keluar minyak, ikut kpd kekuatan kita menumbuk dan bergantung juga kpd kelapa yg digoreng. jika kelapa tak cukup garing , maka tak kuar minyak pun. Kalau kelapa cukup tua dan digoreng cukup gareng, tumbuk 5 minit pun dah keluar minyak.

lagi satu masa munumbuk jgn bubuh banyak sangat dalam lesung ,bubuh dalam segenggam shj. jgn paki lesung la, guna blender.

Anonymous said...

2jam goreng untuk 7 biji kelapa, penat oii.. dari belah kelapa, parut, goreng, kisar guna mesin :) . Untung lah dok kat kampung ada pokok kelapa sendiri.

Ummu Waheedah said...

Memang penat lah kan... tapi kalau sebijik dua untuk makan sendiri tu berbaloi la. Saya duk Bandar. tanam kelapa depan rumah 3 tahun dah berbuah.

Tan said...

Hi,
Is the oil still produced if the roasted coconut is blended?

Ummu Waheedah said...

Tan, definitely, but make sure you roast the grounded coconut thouroughy until brown (sligt black is ok) and blend using miller not blender (no water). There's two type of miller,pls check carefuly. the miller I am using has two blades on facing up one facing down. there are millers with two blades both facing down. Dont use this one for making kerisik, the oil won't be produced.