Friday, May 15, 2009

Tepung untuk goreng pisang, keledek, sukun dll


Haa.. nak goreng pisang pun ada petua ker?
Tak ada petua cuma pisang ni ada banyak jenisnya. Ada yg boleh digoreng ada yg tak sedap digoreng. Antara jenis pisang yang sedap digoreng ialah pisang abu/pisang batu, pisang nangka dan pisang tanduk.

Kalau nak buat cok kodok pula sedap pisang awak. Begitu juga kalau nak buat lepat pisang , pisang awaklah yg sedap. Dirumah saya ada tanam pisang awak yg tak berbiji, tengah tunggu bila lah nak berbuah. Sedangkan pisang batu dah lebih 10 tandan berbuah. Sekarang pun masih ada dipokok dan ada yg sudah ditebang. Nama2 pisang ni pun ada yg menggelikan hati macam pisang berangan.... pasal apa orang taruk nama tu? Pisang awak ada, pisang kamu tak ada pulak.he he

ok lah kalau nak tahu jenis pisang jengah2 ler blog tanaman saya di http://bertanamlah.blogspot.com.



Sekarang kita cerita pasal tepung yg selalu dicelupkan bahan gorengan seperti pisang, sukun dan keledek. Kalau nak senang beli tepung goreng Adabi tapi saya tak suka sebab nampaknya bahan gorengan akan mengisap minyak dan tepung terlalu rapuh. Saya buat sendiri dengan kombinasi tepung beras dan tepung gandum sebanyak 3 nisbah satu. 3 bahgian tepung beras campur satu bahgian tepung gandum. Kalau 3 sudu tepung beras, campurkan satu sudu tepung gandum. Masukkan sesudu kecul air kapur (kapur sirih bukan kapur simen) dan sedikit serbuk kunyit dan garam. Tambah air, bancuh seperti buat kuih dadar. Gunakan bancuhan ini (jangan terlalu pekat atau terlalu cair) untuk menyalut pisang mentah, ubi keledek atau sukun sebelum digoreng.

Menggoreng pisang perlukan minyak yg banyak (2 cawan), begitu juga jika menggoreng ubi keledek dan suku. Kalau goreng ubi kayu tak perlu salut dengan tepung. Pastikan minyak sudah cukup panas ttp jangan sampai berasap. Guna api sederhana kerana jika hangus amatlah memalukan ..:)

Lagi satu pisang yg biasa dimakan mentah tak sesuai digoreng macam pisang embun, pisang berangan,pisang emas/pisang lemak manis dan pisang kapas. Lain kali kita sembang pasal pisang yg dibuat sayur dan keke pisang pula,insyaAllah.

p/s: Gabungan kapur sireh dan kunyit akan menghasilkan warna yg agak perang (kuning kemerahan ) dan cantik bila digoreng.

2 comments:

Miss arisa said...

Pisang nipah pun blh kn tuk digoreng?

Ummu Waheedah said...

ya boleh miss arisa ;)