Friday, July 3, 2009

Apa khasiat kapur sireh ?


Sekapur sireh seulas pinang, begitulah ungkapan yg biasa didengar dalam pantun , peribahasa atau ayat ayat seni yang lain. Seolah-olah kapur dan sireh tak dapat dipisahkan, jika dipisah pincanglah ia. Sememangnya kapur selalu berganding dengan sireh dan dikunyah bersama gambir sebagai makanan kudap-kudapan masyarakat India dan sebahagian masyarakat Melayu zaman dahulu.

Kini sudah jarang benar kita melihat kaum wanita khasnya, makan sireh. Kalau hendak melihatnya kenalah buka VCD filem filem lama. Mungkin filem tamil/hindutan masih lagi memaparkan kegiatan makan sireh bercalit kapur. Apa khasiatnya kepada kesihatan mulut? yg pasti mulut akan menjadi merah, berasa pedas (sireh) dan sedikit payau (rasa gambir).

Hairan juga kenapa makan yg begini menjadi suatu latihan mulut bagi masyarakat dahulu kala. Mungkin kerana kaum wanita dahulu tidak berkerja di Pejabat, maka untuk melengah masa mereka makan sireh. Bayangkan jika wanita kini terutama yg menjaga kaunter , makan sireh sambil bertugas.


Berapa ramai pula antara kita yang biasa menggunakan kapur sireh dalam masakan atau perubatan? Atau mungkinkah generasi baru kini sudah tidak pernah melihat kapur sireh jauh sekali untuk mengambil tahu akan khasiat dan kegunaannya.Sebenarnya terdapat beberapa khasiat dan kegunaan kapur yg mungkin kita tak tahu. Antaranya yg saya dan keluarga saya selalu amalkan adalah seperti berikut :-

1-Khasiat Untuk Kesihatan (ubat sapuan luar)

1.1 Menghilangkan bengkak: Jika ada sebarang bengkak pada anggota badan seperti bengkak akibat digigit binatang, terkepit pintu atau kudis/jerawat yg sedang membengkak, sapukan saha kapu yg telah dilembutkan (direndam dgn air) di tempat yg bengkak. Biarkan sehingga kering, ulang jika perlu sehingga bengkak berkurangan. Jangan gunakan kapur ada permukaan yg luka (terbuka) kerana kapur kemungkinan akan mengakibatkan jangkitan kuman.

1.2 Mengurang jerawat : Sama ada jerawat yg sudah dipicit (parut) atau jerawat yg sedang membengkak, boleh disapukan dengan kapur secara nipis. InsyaAllah jerawat akan menguncup dan parut jerawat akan segera mengelupas dan menghasilkan kulit baru.Biasanya untuk jerawat elok dicampur bedak sejuk dan sedikit garam. Lebihkan bedak sejuk, contohnya jika sesudu bedak sejuk campurkan dengan secubit garam dan secubit kapur. Bancuh dengan air dan sapukan pada jerawat.

1.3 Mengurangkan bengkat lutut :Campurkan kapur dan asam jawa sama banyak. Sapukan pada lutut dan balut dengan kain. Gunakan amaun yg banyak lebih kurang segenggam kapur dan asam jawa untuk satu lutut.Biarkan hingga kering. Bengkak lulut/sendi akan berkurangan.

1.4 Menghilangkan ruam (akibat alahan): Sapukan kapur yg telah dicampur dengan air (campuran yg cair) dan sapu pada tempat yg bengkak atau beruam. Bekas gigitan nyamuk juga boleh disapu. Elakkan menyapu pada kulit bayi kerana mungkin akan mengelupas.

1.5 Menghilangkan kudis buta: Kudis buta ini ialah kudis yg biasanya dihidapi oleh kanak2 yg suka main tanah.Ia biasanya berair dan gatal. Kapur dicampur sedikit minyak dan di masak hingga berbuih.Biarkan suam dan sapukan pada kudis buta. Sapulah ketika kanak2 tidur kerana jika dia sedang jaga ramuan ini akan menyebabkan pedih .InsyaAllah kudis akan baik beberapa hari selepas diguna berulang kali. Ini adalah ikhtiar jika rawatan doktor tak dipat diusahakan.

1.6 Mengurangkan Batuk : Sapukan kapur pada kerongkong , bahagian luar. InsyaAllah batuk akan berkurangan.

2. Kasiat dalam masakan dan kueh mueh.

2.1 Merangupkan dan mengeraskan bahan masakan terutama yg berasaskan tepung dan digoreng dengan minyak yg banyak . contohnya bancuhan tepung goreng pisang,keledek dll. Biasanya sedikit air kapur (sesudu teh) sudah memadai untuk dicampur dalam bahan tepung goreng . (3 bahgian tepung beras + satu bahgian tepung gandum + sesudu air kapur).Tambah sedikit kunyit,bancuhan akan jadi kemerahan.

2.2 Melekangkan bancuhan tepung. Kapur dicampur dengan bancuhan tepung untuk buat kueh dadar, lempeng atau roti jala akan menghasilkan kueh yg mudah untuk dikeluarkan dari kuali.

2.3 Menyedapkan sesetengah kueh seperti kueh kosui danm kueh lompang.

2.4 Untuk memerahkan warna makanan.Kapur bila dicampur dengan kunyit akan jadi merah iaitu pewarna merah asli. Sebab tu ada bidalan sebut-"macam kapur dengan kunyit" bila disatukan terus merah. Kesan segera. Saya pernah gunakan kunyit hidup campur kapur untuk merendamkan pulut, hasilnya memuaskan kerana warna kunyit meresap dalam pulut secara sekata dan kapur tidak terasa langsung, macam tak ada.

2.5 Menghilangkan pahit peria. Saya rendam peria yg sudah dipotong2 dalam air dengan sedikit kapur (cair) selama 1/2 jam dan cuci semula bila hendak ditumis. hasilnya peria akan kurang pahit ttp ada sesetengah orang memang suka peria yg pahit :).

Setakat itu sahaja yg teringat. InsyaAllah jika ada tips tambahan akan dicatatkan.

maklumat tambahan:
* Kapur dicampur dengan daun chili (digiling atau sekadar diramas bersama) baik untuk mengubat kayap.
* Sedikit kapur dimasukkan dalam bancuhan air teh (tanpa gula) boleh mnyembuhkan senggugut.

2 comments:

Unknown said...

Pendedahan yg baik..selama ni ingatkan hanya baik untuk gusi dan gigi saja..TQ

la_abwa said...

emm saya ada terbaca amalan makan sirih ni boleh menyebabkan cancer mulut,. Allahuaklam.