Wednesday, July 1, 2009

Kuah durian kacang pol


Musim durian dah tiba. Kalau makan durian begitu sahaja , alamat nak cari penyakit. Kalau tak batuk mungkin demam kepanasan. Durian tak tahna begitu lama. Sebaiknya dikupas dan simpan dalam freezer kalau nak tahan lama. Tetapi boleh juga dibuah kuah durian.. macam2 resipi boleh di jumpai di maya internet ni. Antaranya yg saya buat minggu lepas.

Bahan-bahannya:
Secawan kacang pol mentah
Secawan susu pekat manis
Secawan isi durian
Secawan air
Sedikit garam (secubit)
2-3 helai daun pandan.


Cara membuatnya. Oh mudah sangat. Rebus kacang pol dengan api sederhana sampai empuk. Tak perlu remdam dulu. Kalau nak cepat lembut boleh bubuh tebu yg dah di belah. Bila empuk angkat dan buang kulit2nya.

Masukkan kacang pol yg sudah dibuang kulit, susu, durian,daun pandan, garam dan air ke dalam periuk. Panaskan atas api , masak dengan api sederhana sehingga kuah agak pekat. Angkat dan hidanglah dengan lempeng atau Roti.Emm sedapnya.. sendiri perasan sedap :)

No comments: