
Gambar2 cupcake di internet macam di atas tu sangatlah mengancam. Memang sejak sekolah saya suka mentela'ah buku2 'cake decorating' walaupun tak berapa suka benda2manis. Saya suka hiasannya terutama fondant deco. Bila cupcake semakin popular sekarang ni, saya suka sebab tak perlu beli banyak. Beli sebiji dua untuk makan sendiri,ahli kelaurga pun tak ada yg suka kek. Makan sikit , dah muak.


Malam ni agak mengantuk. Dah lama tak dapat tidur siang walaupun 30minit. Petang tadi tertidur juga walaupun tahu tak elok tidur lepas Asar. Nak buat macam mana dah tak larat buka mata. Rupanya lepas maghrib pun ngantuk lagi, itu yang dapat idea nak buat kek. Tengok bahan ada .Resipinya ikut yg tertera pada bungkusan cupcake mix. saya buat 1/2 sukatan sahaja, Pack percubaan lah tu, tibai la.Entah minyak apa, tak pula ditulis. Takkan nak letak minyak masak aliff he he.Jadi pikir punya pikir, hah ada minyak kelapa dara...ok la kut. Mahal ma...



InsyaAllah, insyaAllah i'l find the way (Maher Zain).
Nota kos:
Cupcake mix Rm1.60 (250g)
telur sebiji 35 sen
minyak kelapa dara 75g (100 ml)rm20
air 63g (70 ml) -free
cake cups 8biji Rm3.60
kos sebiji lebih kurang RM3.20
sepatutnya kalau pakai minyak sayur, kos lebih kurang Rm7, boleh dpt 10 biji. jadi kos sebiji kurang RM1. Bila dah dihias, harganya RM2.90-RM3.90. Letak di secret Recipe, terus jadi RM5.90 sebiji!.
No comments:
Post a Comment