Wednesday, June 25, 2008

rendang ayam kampung

Bahan-bahan ( Sekeluarga )-belum cuba

1 ekor ayam kampung
1 kilo santan pekat
Cili api (ikut pedas masing2)
Cili kering (ikut pedas masing2)
1 inci kunyit hidup
7 batang serai (diblender halus)
3 batang serai (dititik)
Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnyer
Daun kunyit (yg kering)


Cara-cara

Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam kampung keras, kene rebus lama.
Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 - 1 1/2 jam.
Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun kunyit yang telah disiat-siat.
Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak.

No comments: