Wednesday, July 23, 2008

Tips mudah masak-penyediaan santan


Santan amat penting kepada sesetengah suri rumah. Ada yang tak tau nak masak apa kalau tak ada santan. Sekarang ni santan sudah boleh dibeli di kedai, tak perlu susah2 memerah. Saya lebih suka perah santan sendiri, beli kelapa parut 2 biji, masukkan dalam blender tambah air dan blend. Perah dan masukkan dalam plastik atau bekas plastik. Simpan dalam freezer. Keluarkan bila ingin diguna, re-heat dalam microwave.

Menyediakan santan sendiri lebih terjamin kebersihannya berbanding santan yg dibeli. Saya dah lihat sendiri cara penyediakan santan di sesetengah kawasan, agak kotor.Jika sdr/sdri yakin dengan cara penyediaan santan,boleh lah beli tanpa was-was. Kita boleh dapat kira2 1000-1200ml santan dari sebiji kelapa. Boleh 3-4 kali masak. Untuk santan pekat kita boleh dapat hingga 400 ml santan pekat dari sebiji kelapa-Lebih murah & jimat.

Santan yang diperah ini boleh disimpan sehingga lebih sebulan tanpa menjejaskan rasanya. Tetapi jika kita simpan kelapa parut, rasanya akan berubah selepas semalaman berada dalam peti sejuk. Adakalanya santan sudah tidak ada lagi untuk diperah selepas kelapa parut dimasukkan dalam peti sejuk.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.