Tuesday, September 16, 2008

Petua kulit karipap lembut

Biasalah kalau setiap tukang masak ada rahsia masaknya yang tersendiri. Sebab itu ada masakan yang hanya sedap dibuat oleh orang tertentu sahaja walaupun resipinya sama.


Saya sebelum ini dah cuba macam2 petua untuk melembutkan kulit karipap. Antaranya:-
1-gunakan air ais
2-campur sedikit air kapur
3-masukkan majerin.

entah dimana silapnya selalunya kulit karipap jadi keras. Kebetulan maklong bertamu di rumah saya minggu lepas, dapatlah saya lihat cara beliau buat kulit karipap yg intinya sudah saya sediakan.

adunan kulit karipap :
dua cawan tepung gandum
sedikit garam + sesudu air biasa (sikit shj)
secawan majerin/planta

panaskan majerin dan biarkan suam sedikit .Tuang dalam tepung. Gaul rata sampai boleh dikepal Masukkan air sejuk yg telah dicampur garam, uli menjadi doh. Biarkan sebentar sebelum dimasukkan inti dan dikelimkan.

Kalau untuk jualan boleh campur minyak masak dgn majerin untuk kurangkan kos.

nota : jiran saya kata campur telur, air dan tepung shj. Saya belum cuba

12 comments:

keindahanalam said...

Dah cuba. Memang lembut! Terima kaseh!

Ummu Waheedah said...

aik yg mana yg dicuba tu?
yg taruk telur ker taruk majerin?

Mama Qaireen said...

ummu waheedah:yg dh cube xda campur telur.cube tgk ayat bwh skali.sory tolong jwbkn...simple resipi ni..

zahidah said...

dh try.. doh lembut.. btw thnx a lot..

reena said...

kenapa bila saya try doh tu jadi rapuh? tak bole nak kelim, jadi hancur lah :(

Ummu Waheedah said...

Reena buat cam mana yer, rasanya kurang air kut. Sebab air ni pun kena agak juga, kalau daunan macam buat biskut memang tak boleh kelim punya. ia kena buat macam roti canai tp keras sikit jer.

Kebetulan semalam, sy g rumah kenalan yg hidang karipap. Dia ni dah bertahun buat kueh jual di johor, tp sejak duk Kuantan tak buat jual.

Dia kata kulit karipap dia,ada campuran minyak masak dan majerin. 2 sudu majerin d gaul dgn tepung 500g. 1/2 cwn minyak masak dipanaskan (panas sikit shj) dan campur dgn tepung. Tambah air (+garam) sikit2 sampai jd doh yg boleh di kelim. Biarkan 1/2 jam sebelum diletakkan inti/dikelim.

tak jadi kalu, wa tak tau la.

Anonymous said...

air tu satu sudu makan ker apa kak??

Ummu Waheedah said...

Anony,

Air satu sudu makan ler,air tu gunanya untuk cairkan garam tu supaya lebih sebati.. Doh tu dilembutkan dgn majerin dan minyak shj.

Yatte Omar said...

I baru baca jer ni.. tapi dok bayangkan.. betapa rapuhnya doh tu nanti.. sbb airnya cuma sesudu jer..

Ummu Waheedah said...

Kalau tak guna air langsung pun boleh...cuma nak sebatikan garam jer air tu..

idasm said...

tima kasih kongsi rahsia. nak cuba lepas ni. sebab selalu kulit karipap ida suami komplen keras.. hehe...

umi mazwana said...

saya baru nk try.. tetiba teringin plak puasa2 ni.. nk bli tak puas hati..dah la mahal.inti setoit jer..