Tuesday, November 11, 2008

Jelly kelapa

emm sedapnya kelapa muda

Enak sungguh kelapa muda
Enak diminum begitu saja
Banyak khasiat penawar bisa
lebih enak si jelly kelapa


Bahan2
1.5 liter air kelapa muda bersama isinya
1.5 liter air
10g agar2
300g gula pasir

Cara membuatnya :
1-rebus air sampai mendidih. masukkan gula dan agar2.
2-masak hingga agar2 cair. kacau sekali sekala bagi memastikan agar2 hancur. (kira2 20 minit)
3- bila agar2 larut/hancur, masukkan air kelapa dan isinya .Kacau sebentar (seminit) jgn sampai mendidih. Padamkan api,
masukkan dalam cawan atau apa2 bekas, sejukkan dalam suhu bilik. Bila sudah agak sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk.

Sukatan di atas membolehkan kita dapat 2 loyang jelly berukuran 8x8 inci persegi.Banyak tu...Kelapa pula saya guna 6 biji (saiz kecil).


Nak tau rasanya? waduh...memang special memang sedap. Cuma nak dapatkan kelapa muda tu yang mungkin masalah. Bagi saya syukur kelapa depan rumah sentiasa berbuah lebat. Bukan sahaja jiran dan keluarga dapat merasa malah tetamu tak diundang pun rasa. semakin kita bersedekah makin banyak buahnya. Setandan ada lebih 20 biji dan sekarang dah lebih 8 tandan sejak 1 1/2 tahun lepas.Alhamdulillah

Tips:Selepas masukkan air kelapa, jangan biarkan lama sehingga mendidih, jika mendidih kemungkinan adunan akan membuak keluar dari periuk dan jelly akan menjadi kemerahan.(over cooked). Hasil yg sedap ialah jelly yg lembut tidak seperti agar yg keras.

Komen kawan saya tentang jelly semalam: Jelly kelapa saya tu terlalu mewah rasanya. Kalau buat untuk jualan tak dapat untung banyak. Maklum harga kelapa muda sekitar RM2.50-RM3.00 sebiji . Biasa peniaga guna air kelapa tua yg boleh diminta di Pasar percuma sahaja. Kemudian tambah 2-3 biji kelapa muda untuk dapat isi yg lembut. Resipi asal untuk dapat 100 cawan jelly begini:

3.8 liter air
3.8 liter air kelapa muda + isi kelapa muda
800 g gula pasir
25g agar-agar
(agar2 di rebus sampai hancur ,sebaik hancur masukkan air kelapa , kacau sebentar dan tutup api. Hasilnya akan jadi lebih lembik/lembut.Saya tak berapa suka yg lembik sangat tu...)


Aduhai kelapa buah mu lebat
Semuga subur dan bertambah berkat
Kepada Allah doa ku panjat
Mudah2an pokok ku terus sehat.

Kesemua enam biji kelapa yg bahagian hadapan(gambar) tu dah dikorbankan untuk resipi jelly kelapa.Enak sekali.Selamat mencuba!

5 comments:

noreen-bulan said...

saya akan cuba resepi nie arini....
harap2 jadi la...

Ummu Waheedah said...

Dah jadi ker belum tu?

syira said...

bgus2...sy nak mnjual ni..thanks alot bg rsepi..mmuah!

Tanah Bendang said...

ma seh kongsi

maisarah said...

Alhamdulillah..thanks..sy nk cuba resepi ni..sebab anak2 suka sgt dgn jeli kelapa..
Thanks sebab share resepi jeli kelapa