Friday, November 28, 2008

Rahsia bunjut terbongkar...

Tahukah anda apa ramuan dalam sup bunjut? sup bunjut adalah ramuan rempah ratus yg telah di bunjut dalam kain putih dan diikat rapi. Di jual sekitar harga RM0.30-RM0.60.Kebanyakkan kita tak ambil kisah apa yang dibunjut, kalau ada cicak kering dalam sup bunjut tu kita pun tak tahu.. asal sedap, kita percaya ianya halal dan bersih.

Satu hari saya terasa ingin mebongkar rahsia sup bunjut , lalu saya membeli 2 jenis sup bunjut dari dua jenama yg berbeza. Baunya tak sama. Lalu saya buka bunjut2 ini untuk melihat isinya. Mujur rempah2 bunjut ini tidak ada bendasing yg mencurigakan. Saya amat-amati bahannya hanyalah bahan biasa yg memang ada semuanya di rumah saya. Saya mengambil semua ramuan asli dan membandingkan dengan yang dibunjutkan. Bezanya sup bunjut itu sudah dipecahkan/ditumbuk kasar mungkin untuk memberikan bau yang lebih beraroma.

Inilah ramuan sebenarnya.

-Rempah biji (sesudu)
-bunga lawang (2 ruas)
-jintan manis (secubit)
-bunga cengkih (2-3 kuntum)
-kulit kayu manis (tak sampai 1/2 inci)
-lada hitam (5-6 biji)
kain putih 2 inci persegi.

Lepas ni saya tak beli sup bunjut .Saya gunakan bahan mentah yg ada dan ketuk sedikit, kemudian saya bunkus/bunjutkan guna kain pembalut luka. Bukan nak jimat sangat cuma nak pastikan kebersihannya.

Apa yg membezakan sup bunjut jenama-A dengan jenama-B ialah kombinasi bahan2nya. Ada jenama yg guna lebih kulit kayu manis (sesuai untuk buat sup daging lembu/kambing), ada yg kurangkan kulit kayu manis (sesuai untuk sup ayam dan sup sayur). Untuk sup ikan biasanya ditambah daun bay dan sejenis bunga kering berbentuk panjang (saya tak tahu namanya).

5 comments:

Amiey Filz said...

Terima kasih. info ni sangat berguna untuk mlm ni kerana stok sup bunjut dah habis. Malas mau kluar beli dengan keadaan hujan ni

Juwairiyyah Fuad said...

Ikat guna apa ya sis? Guna getah kuning tu ok ke?

Ummu Waheedah said...

ikat dgn benang,benang masuk dlm jarum , kira macam jahit jugak la.
ikat dgn getak boleh tapi ketak tu nanti menghasilkan kimia yg x elok untuk kesihatan. lebih baik ikat dgn benang kasar, macam org bunjut air.

Unknown said...

Btl2.kita.serupa

Anonymous said...

Tak dapat skg dengan harga 60 sen..harga skg ni rm1.20