Saturday, February 21, 2009

Kueh goyang pulak dah


Alhamdulillah baru puas hati.Barulah kaw-kaw kueh goyang saya, kalah goyang inul..kah kah! Kali ini saya gunakan petua jiran taruk sikit tepung ubi a.k.a tepung kanji. Untuk Pek promosi percubaan ini saya gunakan bahan seperti berikut( Dapat 40 keping) :-

Bahan:
200g Tepung (cap satu gajah tengah berdiri)
160ml air +160g gula (guna penyukat beras , air dan gula sama banyak)
100ml santan pekat (1/2 biji kelapa + secawan air)
sebiji telur
satu sudu besar tepung kanji
1/2 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng (kira2 seliter)

Cara mengadun dan menggoreng- sila rujuk cara d bawah ini, sama sahaja. Nampaknya resipi terkini ini menghasilkan kueh yg lebih rangup, kemanisan yg seimbang. Warnanya pun cantik tak lah sawo matang macam sebelumnya. Kali ni kueh tak banyak jerawat...he he.

siapa nak cuba silakan, insyaAllah tak mengcewakan. Cuma waktu menggoreng kalau acuan terlebih panas makan kueh masak dlm tepung, kalau acuan tak cukup panas pula tepung tak mahu lekat. Jadi pandai2lah mengagak panasnya.selamat mencuba!


----di bawah ni catatan pada 24 jan 2009--

Kueh goyang/kueh Ros


Bahan2nya:
500g tepung beras
300ml santan pekat
200ml air gula (200g gula =200ml air dimasak)
Sesudu teh esen ros
2 biji telur
½ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
acuan kueh ros

Cara:
1-Gaul semua bahan dan tapis. Boleh gunakan blender atau mixer untuk menggaul atau guna pemutar tangan.
2-Panaskan minyak dgn api sederhana. Jika api kuat kueh akan menggerutu. Rendamkan acuan kueh kedalam minyak.
3- Bila minyak dan acuan panas, celupkan acuan ke dalam tepung ttp jgn ditenggelamkan. Henjut sedikit acuan supaya tepung tidak berkumpul di dasar acuan.

4-Celupkan acuan dalam minyak ,jangan dilepaskan dari tangan. Biar sekitar 30 saat, kemudian henjutkan acuan supaya kueh jatuh dalam minyak. Tekan2 sedikit bahagian2 tepi kueh supaya nampak cantik dan tidak terlalu mengembang tepinya. Gunakan acuan kueh untuk menolak-nolak tepi/sisi kueh supaya kuncup sedikit.


5-Masak sampai kueh agak kekuningan/coklat. Angkat dan toskan minyaknya.
6-Jika pasti acuan sudah panas semula celup lagi ke dalam adunan tanpa perlu tunggu kueh sebelumnya masak/garing. Ulang hingga habis adunan.elok jika guan lebih dari satu acuan.

Nota: adunan ini boleh menghasilkan sehingga 100 keping kueh. Dan masa menggoreng ikut kemahiran.Bagi saya sendiri nak goreng 30 keping kueh sudah hampir sejam.. sabor jer. Rerasa lebih baik ler beli he he.


Saya menggunakan tepung beras cap lima gajah berdiri, itulah sebabnya kueh tu jadi keras macam gajah… rangup tapi keras.

Kalau pakai gigi palsu, kenalah letak polident banyak2 ha ha , kalau tak tetanggal gigi. Mak saya kata sedap tapi keras. Lain kali nak cuba tepung beras cap bunga pula…he he ada ker salahkan tepung.

Yg geram tu malam tadi, cik-T sesedap rasa saja melarikan 11 keping kueh ros saya yg di letak atas redai kueh untuk menyejuk dan mengtoskannya.Bayangkanlah 11 keping dibawanya naik ke atas bumbung, mak saya saksinya.Walhal jam baru pukul 10 malam. memang nak kena cik-T ni, dah lama tak nampak bayang , sekarang dah mula tunjuk belang. Tapi tak per lah.. kira sedekah.

tips: Kata jiran saya nak bagi kueh ni rapuh dan kurang keras masukkan 2-3 sudu tepung ubi/tepung kanji. Saya dah cuba, terbukti kueh goyang lebih rapuh dan kurang keras.

1 comment:

Anonymous said...

Sya buat kuih goyang juga...sedap..rangup..saya cmpur tepung jagung skt...alhamdulillah raya baru ni dpat tempahan..