Monday, February 16, 2009

Tempe dah jadi


Yahoo... akhirnya dah jadi dah tempe saya. Original resipi dari Meru. Itulah berkat 'menuntut' kata orang.

Inilah bahan2nya:

Beberapa keping tempe
100g kacang soya-untuk dapat 8-10 keping tempe nipis.

cara buat raginya:Hiris tempe nipis2 dan jemur beberapa hari hingga betul2 kering. Tumbuk atau guna blender kering untuk menjadikannya serbuk tempe (ragi tempe). Ragi ini boleh disimpan lama tak perlu masuk dalm peti sejuk. Masukkan dalam botol atau tupperware.

Cara buat tempe:Rebus kacang soya separuh masak kira2 20minit.(tak perlu direndam dulu) .Biarkan sejuk semalaman atau sehari. Buang kulit kacang dan bersihkan. Gaulkan dengan ragi tempe secara merata ' guna lebih kurang 2 sudu ragi tempe sahaja. Bungkuskan tempe yg telah digaul dgn ragi dalam daun pisang atau dalam plastik lutsinar. Biarkan sampai tempe menjadi, biasanya 2 hari dah jadi.


Ini pula contoh tempe yg saya buat pada minggu lepas 5/3/2009. Tak jadi. sebabnya yg saya perhatikan ialah saya tak toskan kacang elok2. Kacang berair dan kacang terlebih empuk. Jadi memang betullah kata pepatah, "parctice make perfect". Ini tak merudumkan semangat saya, insyaAllah dalam waktu terdekat ini saya kan jemur tempe lagi untuk buat ibu tempe.Dan terus cuba sehingga kita tahu apa sebab musabab tempe tak jadi.. nak kongsi dgn pengusaha tempe pun tak ada yg sudi kongsi pengalaman, masing2 nak jaga trade secret!.

Sesiapa yg mencuba dan jadi , bagitaulah yer...kalau tak jadi pun bagi tau lah. Nak tengok mana silap nyer. Sebelum ni saya buat tak jadi sebab tak rebus kacang tu, saya rendam 2 mlm shj. Akhirnya hampir jadi taugeh kepala besar.. he he.Pastu saya guna ragi buat tapai pulak tu... terlebih cerdik! lepas ni nak cuba buat keropok ubi pulak... haa tunggu.

2 comments:

Ume said...

tahniah...cantik nampak tempenya

Ummu Waheedah said...

Jadi texturenya tapi agak keras sikit kacangnya. Maknanya saya rebus tak cukup empuk. Tapi kalau lembik sangat nanti tak jadi langsung. Tak per lah, practice makes perpect kata pepatah.InsyaAllah nak cuba lagi ni sampai betul2 boleh buat business tempe.

bak kata YB Khir Toyo, mangan tempe boleh mancungkan hidung :)