Friday, February 27, 2009

Pau kampung


Kelmarin saya cuba buat pau kampung. Mengimbau noltagia masa kecil2 dulu, makan pau di kantin sekolah. Ada sesekali kakak saya buat, guna ibu roti yg dibancuh dengan air suam dan doh dibiarkan semalaman sebelum dikukus. Tapi sekarang ni susah nak jumpa ibu roti yg dulu2. Yang ada ialah instant yeast. Mahu tak mahu gunalah instant yeast (mauripan) dengan sedikit ubah suai dari resipi yg ditemui di majalah.

Bahan-bahannya:1-500g tepung (saya guna tepung naik sendiri)
2-1/2 paket mauripan (teast segera)
3-100ml air gula (100ml air + 100g gula di masak)
4-lebih kurang 220 ml air (guna penyukat beras)
5- secubit garam
6-3 sudu minyak sayuran.
inti kelapa (manis)
Daun pisang secukupnya


Cara membuatnya.
1-Ayak tepung (dijemur dulu) dan gaul dgn mauripan.
2-Masukan minyak dan garam , gaul rata2.
3-Masukkan air gula, gaul lagi sehingga merata
dan mula berbintil2.
4-Teruskan menguli dengan menambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
5-rehatkan 15 minit.


6.Gunting daun pisang sebesar 2x2in persegi.
7.Ambil doh kira2 sejemput atau sesudu,bulat2kan dan masukkan sesudu inti kelapa. (sila rujuk resipi/cara buat inti. Tutup semula doh dan bulatkan semula. Letak atas daun pisang.Buat sehingga doh habis.Rehatkan doh selama kira2 30 minit.

8.Panaskan pengukus hingga air menggelegak . Aturkan pau dalam pengukus dan kukuslah selama lebih kurang 15 minit. tak perlu lama2.


Hasilnya sedap kata jiran saya tapi bagi saya tak menepati rasa pau yg saya makan masa kecil2 dulu. Pau yg ini rasa macam 'pau ahmad' yang biasa boleh dibeli di stesen petronas atau di pasar malam.Mungkin pau akan jadi lebih gebu jika guna tepung pau yg khas. Apa pun seronok dapat buat kueh2 tradisi ni. proses penyediaan tak rumit jika bahan dan alat memasak termasuk pengukus memang sudah sedia..

Inti pau boleh diubah suai. boleh juga buat inti macaminti karipap,yaitu guna kentang dan serbuk kari.

No comments: