Thursday, April 16, 2009
Nenas masak lemak chili api
Puas hatilah kali ini dapat makan nenas yg ditaman sendiri. Sedapnya nenas masak dipokok, manis sampai ke telinga. Sebahgiannya dimakan begitu sahaja, sebahgian dimasak lemak chili api. Jiran pun merasa sikit sorang. Beginilah resipi saya, mudah sahaja.
Bahan-bahan:
Sebiji nenas yg sudah masak
300ml santan kelapa pekat (1/2 biji kelapa)
10 biji chili padi (merah dan hijau)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (ubinya)
segenggam ikan bilis atau udang kering
sesudu tepung gandum
sedikit tulang ikan masin (kurau)
atau 2-3 ekor ikan masin (gelama/cencaru)
sedikit garam.
sesenduk minyak masak
Cara memasak:
1- Kupas nenas. Biasanya saya akan potong bahagian pangkal dan jambul dahulu biar rata dan senang diletakkan atas papan pemotong. Letakkan bahagian jambul ke bawah. Hiris/buang kulit dengan memotong dari pangkal ke jambul (atas ke bawah).Agak2 jangan telalu tebal, sekadar buang bahagian kulit yg keras. Kemudian buang bulu hidungnya ( atau matanya yg berduri). Hiris nipis ikut suka. Masukkan dalam periuk , tambah air separas nenas dan rebus separuh masak.Tutup api, biarkan dahulu.
2.Bersihkan ikan masih dan goreng hingga masak. Ketepikan dahulu.
3-Kupas bawang dan tumbuk lumat bersama chili padi, kunyit dan ikan bilis/udang kering.Boleh juga guna blender, tapi saya suka tumbuk, lebih halus bahannya.
4-Panaskan minyak , masukkan bahan yg ditumbuk. Tambah secawan air. Biarkan sehingga ianya jadi pekat. Kacau sekali sekala.Bila pekat dan naik minyak,tutup api.
5. Masukkan bahan yg ditumis kedalam periuk yg berisi nenas rebus. Masukkan santan, dan ikan masin yg telah digoreng. Bancuh sesudu tepung dengan sedikit air dan masukkan dalam masakan (untuk pekatkan kuah).Panaskan semula bahan ini dan biarkan mendidih 4-5 minit. Rasa masinnya , jika sudah cukup dengan masin ikan, tak perlu tambah garam, jika kurang masin tambah garam.
6-Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment