Saturday, April 4, 2009

Sup cendawan busut




Bahan-bahan
*selonggok/semangkuk cendawan busut (cendawan segar yang diperolehi dari timbunan hampas buah kelapa sawit)
*2-3 tangkai chili kering, dihiris atau digunting nipis
*2 ulas bawang merah dihiris nipis
*segenggam ikan bilis yg elok
*garam secukup rasa
* 1/2 sudu teh gula
*air satu liter

Cara menyediakan

1- Bersihkan cendawan . Jika cendawan yg dipilih ialah jenis yg sudah kembang, potongkan sedikit bahagian atas 'payung'nya, kupas selapisan nipis kulitnya.Buat perkara yg sama pada bahagian batang cendawan.Belah cendawan kpd 4 bahagian.
Jika cendawan masih kudup, bersihkan cara yg sama, belah kpd dua bahagian sahaja.
.
2-Masukkan air dalam periuk, masukkan ikan bilis yg telah dibersihkan, bawang, gula dan garam . Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit.

3-Masukkan cendawan dan chili kering. Masak selama lebih kurang 15 minit. Tutup api dan sup sudah sedia untuk dihidang. Boleh tambah daun sup dan daun bawang jika suka.

No comments: