Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

cupcake ku sentiasa jadi..


Sejak belajar buat cupcake, maka saya pun kemaruk buat cupcake. Tetapi belum lagi saya cuba resipi dari buku sifu Lynn Hassan. Sebab kebanyakan resipi Lynn guna butter, saya nak buat cupcake guna minyak daisy jer. Jadi saya modify resipi kek dari buku resipi daisy, masukkan dalam cup. Hasilnya semua menjadi walaupun yg terbaru malam ini (gambar atas-kek carrot) resipinya tak ikut 100%, jadi juga.


24 feb saya buat cupcake dari resipi kek pisang. Ok juga, cuma tak hias. Memang belum mula menghias sebab bahan tak cukup.Cari kat kedai kek pun tak ada jual krimwell tu. Nak kena ronda satu Kuantan la pulak..

Inilah hasil resipi kek buah yg telah saya tambah tepung (40g) untuk buat cupcake. Ok, hasilnya menjadi gebu3 semuanya tahan lama 10 hari. ha boleh lah jual...(sendiri beli) :)

Tuesday, February 1, 2011

Belajar buat cupcake-barulah jadi


Pada 1 feb 2011 tercapailah hajat saya naka masuk kelas buat cupcake Lynn Hassan. Diringkaskan cerita dapatlah lihat bagaimana adunan dicampur dan bagaimana mengukur amaun adunan untuk setiap cawan kek. Haa jangan lah main hentam jer.. (peringatan bg diriku sendiri). Tiap satu cup cake saiz sederhana, timbang 40g . Ok ,inilah dia gambar2 cupcake satu persatu yg saya hiaskan, tapi biasalah first time pegang piping bag, picit pun tak pandai lagi. Gambar kat atas tu hasil tercantik dari tangan saya.

Mula2 belajar sapu buttercream dan ganache pada cupcake, sapu banyak2 dan ratakan. Lepas tu belajar buat bunga yg pink dan ungu.Buat rumput dan monster.Belajar cara letak jem dengan mengorek bahagian tengah kek. Belum hias lagi.



Yg ini cara hias dengan coklat/ ganache. Nampak simple dan mudah tapi nak tarik 'line' susah sgt, selalu putus2. Kena tarik nafas , baru jadi.



Yg ini paling mudah, beli bunga fondant dah siap , sapu dgn gum dia, dah jadi. Tapi bukanlah kreativiti sendiri.

Jenuh nak buat daun. Asalnya puan guru ajar buat petal, sampai kesudah saya tak leh buat, tak jadi. Yg jadi buat daun sahaja, itu pun tak cantik.. terlepek daunnya. Kena praktis banyak barulah menjadi. Ini namanya belajar.

yg ni tak susah apa2 sebab gambar edible tu beli yg dah siap. Yg susah nak letak titik kat tepi keliling tu, tak bulat pun titik tu, maknanya tak pandai..



Itulah semuanya gambar2 hiasan cupcake yg telah dipelajari. Saya tak suka buat bentuk binatang macam bear, ladybird , monster dan badut. Walaupun kita tak buat untuk sembahan tetapi tetap dibuat untuk dihargai atau diistimewakan. Jadi bagi saya lebih baik kita elak satu2 perkara yg menghampiri kemurkaan Allah iaitu membuat patung. Allah melaknat orang yg buat patung untuk tujuan sembahan (syirik) atau untuk perhiasan yg dihormati dan diberikan tempat istimewa. Sekalipun membuat patung untuk suka2, untuk mainan kanak2 dan hadiah, sebagai orang islam elok kita elakkan. Banyak lagi image yang boleh kita buat seperti buah2an, handbag, sofa/katil, pinggan mangkuk,peralatan sukan dan sebagainya yang tidak bernyawa. Allahuaklam.

Friday, January 21, 2011

My first cupcake


Gambar2 cupcake di internet macam di atas tu sangatlah mengancam. Memang sejak sekolah saya suka mentela'ah buku2 'cake decorating' walaupun tak berapa suka benda2manis. Saya suka hiasannya terutama fondant deco. Bila cupcake semakin popular sekarang ni, saya suka sebab tak perlu beli banyak. Beli sebiji dua untuk makan sendiri,ahli kelaurga pun tak ada yg suka kek. Makan sikit , dah muak.

Al kisahnya minggu lepas saya berurusan di Citibank, Kuantan. Ternampak satu kedai kek baru buka,Bake mate enterprise.Dua orang pekerja wanita tengah susun barang. Tak ada orang masa tu,jadi puasla saya ronda seantero kedai. Macam2 acuan ada, bak kata semua bahan/alat buat kek ada. Mengikut pekerjanya, lepas Chinese new year, mereka akan adakan kursus buat kek.

Antara acuan yg saya beli. Measuring cup Rm5, acuan roti jala Rm9.Acuan cupcake RM9 untuk 50 pcs.cupcake mix 500g =Rm3.20. Saja saya tulis di sini untuk buat perbandingan kalau jumpa kedai bahan kek di KL nanti.

Malam ni agak mengantuk. Dah lama tak dapat tidur siang walaupun 30minit. Petang tadi tertidur juga walaupun tahu tak elok tidur lepas Asar. Nak buat macam mana dah tak larat buka mata. Rupanya lepas maghrib pun ngantuk lagi, itu yang dapat idea nak buat kek. Tengok bahan ada .Resipinya ikut yg tertera pada bungkusan cupcake mix. saya buat 1/2 sukatan sahaja, Pack percubaan lah tu, tibai la.Entah minyak apa, tak pula ditulis. Takkan nak letak minyak masak aliff he he.Jadi pikir punya pikir, hah ada minyak kelapa dara...ok la kut. Mahal ma...

Selepas 5 minit dalam oven, wah nampak naik kek ni.Harap2 jadi.Sebenarnya tak tahu pun berapa minit nak bakar.Tak ditulis pada bungkusan bahan mentah. Jadi saya hentamlah 250c ,20 minit. Lepas 20 minit ,tu dia jeng jeng jeng, hangus..hancuss.

Punca hangus tu mungkin kerana saya set api atas bawah, kek termuntah sebab terlebih adunan masuk dalam cawan, lain kali tau la nak masuk berapa banyak.Mungkin juga kerana letak cup dekat2 sangat.Rasa keknya ok, cuma terlebih manis.saya suka kek macam ni, tidak terlampau gebu.Maknanya campuran kek ni seimbang, cuma saya yang belum maher..
InsyaAllah, insyaAllah i'l find the way (Maher Zain).

Nota kos:
Cupcake mix Rm1.60 (250g)
telur sebiji 35 sen
minyak kelapa dara 75g (100 ml)rm20
air 63g (70 ml) -free
cake cups 8biji Rm3.60
kos sebiji lebih kurang RM3.20
sepatutnya kalau pakai minyak sayur, kos lebih kurang Rm7, boleh dpt 10 biji. jadi kos sebiji kurang RM1. Bila dah dihias, harganya RM2.90-RM3.90. Letak di secret Recipe, terus jadi RM5.90 sebiji!.