Showing posts with label Tapai. Show all posts
Showing posts with label Tapai. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Tapai nasi


Cara buat tapai (resipi asal):
2 pot beras ditanak seperti masak nasi biasa. Sejukkan nasi ,tuang dalam talam, serakkan, taburkan ragi sebiji ragi serata nasi. Gaulkan dan biar 24jam atau lebih.
(sukatan ini menghasilkan 3-4 cawan tapai). Untuk dapat 1/2 cawan tapai guna secawan nasi + 1/4 ragi, agak2 sahaja)

Tapai yg baik ialah yg mengeluarkan air dan rasanya manis walaupun tanpa gula. Kalau nasinya tak elok berwarna perang, ada tompok merah dan ini kira tapai reject, tak boleh guna untuk buta apam. lebihan tapai boleh dimasukkan dalam peti sejuk unuk dibuat apam kemudia ttp tak boleh simpan lebih 2 hari, nanti apam tak berapa elok naikya.

Sebaiknya guna beras biasa bukan brasmati.

Sunday, September 7, 2008

Tapai pulut

 
Posted by Picasa
Gambar atas adalah gambar tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah 3 serangkai. Pemberian sahabat yang bertamu di rumah saya. Saya tak minat tapai, saya pernah rasa sikit tetapi memang tak boleh telan, masam. Tapai kegemaran mak saya. Mak paling suka tapai ubi, tapai pulut pun dia suka juga. Lalu saya bercadang nak cuba buat tapai pulut.

Dengan bertanya2 kawan yg biasa buat tapai pulut saya mencuba dengan jumlah sedikit, Kata kawan saya dia biasa buat tapai pulut untuk hari raya . Sukatannya segantang pulut + 1 1/2 biji ragi. Lepas tu saya meng'google internet" resepinya seakan sama juga. Jadi saya cuba dengan satu pot beras pulut ditanak dengan menggunakan rice cooker. bila masak dan sejuk, saya tebarkan dalam pinggan dan parutkan ragi sebanyak 1/4 biji dan gaul rata dgn senduk kayu. Masukkan dalam mangkuk kaca , tutup dgn piring dan bungkus dgn kain tuala. Biarkan 3 hari (72 jam).

Hasilnya memuaskan, menjadi tapai pulut cuma airnya terlalu banyak.Mungkin 60 jam memadai dan kurang manis kata mak saya. Saya rasa mungkin terlebih ragi.Ada rasa pahit sikit. Lain kali akan cuba lagi. Menurut kawan saya , dia tak pernah buat tapai pulut melainkan dibungkus dalam daun getah atau sejenis daun lain yg saya lupa namanya.

Malam tadi saya buat tapi nasi. Cadangannya nak cuba buat apam beras. InyaAllah dua hari lagi kalau jadi tapainya resepi apam beras pula akan menyusul..tunggu experiment saya.

*1 gantang =2.54 kilogram.

Sunday, August 10, 2008

Tapai nasi

 

Bahan-Bahan:
Nasi - 1 mangkuk
Ragi Tapai - Separuh

Cara:
Taburkan ragi dengan cara memarutkan ragi menggunakan penapis teh/kopi ke serata nasi. Tabur gula, gaul rata dan peram selama 2 hari sehingga menjadi tapai. (saya membungkus nasi ini dengan daun pisang, masukkan dalam mangkuk kaca bertutup kemudian bungkus dengan kain batik ).

Gambar menunjukkan tapai nasi yang menjadi. Baunya sedikit menyengit hidung. Ia tidak berkulat dan nampak berbuih nasinya. Sekarang tapai ini sedia untuk dibuat apam beras.