Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Petua sembelih supaya daging lembut


Kesedaran terhadap tanggungjawap beragama semakin meningkat sekarang. Ramai ibubapa yg membuat kenduri aqiqah untuk anak2 yg sudah dewasa. Mungkin semasa kecil anak-anak itu tidak diaqiqahkan kerana kurang ilmu atau kurang kemampuan. Jadi bila ibubapa sudah ada kemampuan dan ada kesedaran, aqiqah ditunaikan juga (qadha). Walaupun mungkin pahalanya berkurangan berbanding jika dilakukan 7 hari selepas kelahiran, tetapi sekurang2nya tidaklah terlepas pahalanya. Sesunggunhnya Allah s.w.t lah yg lebih berhak memberi pahalanya.




Dalam bulan ini sahaja sudah tiga kenduri aqiqah yang saya hadir. Seorang jiran sembelih seekor lembu, seorang sembelih kambing dan seorang lagi , hari ini sembelih seekor kerbau. Alhamdulillah mudah2an amalan mereka diterima Allah s.w.t. Untung makan kenduri aqiqah kerana kita tak perlu bawa buah tangan. Kita cuma perlu habiskan makanan yang disaji oleh tuan rumah. Kalau ada yang nak dibantu cuma bantu proses memasak dan mengemas sahaja. Biasanya jiran terdekat atau keluarga tuan rumah yang akan bantu.

Saya tertarik dengan kelembutan daging kerbau masak rendang hari ini. Walau pun rendangnya tidak sesedap rendang tok Kuala Kangsar, tapi lembutnya bagai dimasak semalaman. Agaknya tentu ada kaitan dengan cara sembelih, sepertimana yang selalu saya diberitahu. Cara sembelih dan cara memotong daging boleh mempengaruhi lembut atau kerasnya daging. Daging yg dipotong tidak mengikut era lebih mudah empuk. Melalui carian google saya mendapati ada petua mendapatkan daging yang lembut melalui sembelihan yg betul:-

Petikan dari http://albakriah.wordpress.com/2011/11/01/petua-sembelih-binatang/

1. Supaya daging tidak berlemak

Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh.

Allahuakalam.

Saturday, December 10, 2011

Petua makan nangka


Nangka, durian dan kuini adalah antara buah2an tempatan yg mempunyai aroma kuat. Bau semerbak, ada yg suka dan tak dapat menahan gelojak rasa nak memakannya. Ada yg pening dengan baunya. Begitulah tindakbalas manusia, ada yg suka ada yg tak suka.

Bagi yg suka, dapat cium bau pun cukuplah. Bagi saya pula antara tiga buah ini, nangka yg paling saya suka, kalau sakit badan pun terima sajalah asal dapat rasa seulas dua. Tapi bukan semua jenis nangka sedap. Kalau nangka yg dah terlebih masak dan berair , rasanya tak sedap. Malah nangka macam ini akan mengundang 'angin' yang akan merusuh ke seluruh badan. Akibatnya sengal dan sendawa jadi kawan kita berhari-harian. Badan akan jadi 'berat' dan sendi jadi ketat. Nak sembuh bukan senang.

Sekarang saya dapat satu petua hasil eksperimen sendiri. Kalau nak elak dari serangan 'angin nangka' ni, makanlah waktu ia mula nak masak atau sedang mengkal. Masa ni buah nangka isinya agak keras dan rangup. Tak ada asid/cecair yg keluar dari isinya, insyaAlah ketika ini nangka itu selamat dari angin bencananya. Selalunya saya dapat nangka begini dari pasaraya Tunas Manja di Kuantan. Kalau di Giant, nangkanya sudah berair dan lembik, malah banyak yg layu bagai diperam. Menghidu baunya pun sudah boleh bawa sakit sengal-sengal badan.

Kepada peminat nangka, khususnya nangka madu carilah nangka yg mengkal. Warnanya agak terang kuningnya. Jika warnanya oren, itu tandanya nangka tu banyak 'angin'.

Friday, June 17, 2011

Petua:Kalau masak bubur, jangan kacau

Baru-baru ni saya menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran. Tukang masaknya seorang pakcik yang peramah. Banyak tip-tip masakan yang diberikan oleh pakcik tadi, ternyata pakcik tadi tak lokek ilmu. Pakcik tadi tanya saya pernah tak masak bubur tak kacau. Pelik juga , masak bubur mestilah kacau.

Pakcik tadi kata , kalau masak bubur jangan kacau, untuk mengelakkan berkerak. Tak kiralah nak masak bubur kacang atau bubur nasi, tak perlu kacau. Caranya masuk saja kacang atau beras dalam periuk, letak air secukupnya dan rebus pada api sederhana.

Biarkan jangan dikacau langsung sehinggalah mula mendidih , kemudian baru boleh kacau, letak santan dan sebagainya.

Kalau dari mula masak dikacau bubur tadi, maka mesti kacau sampai mendidih, jika tidak berkerak. Jika tidak, jangan kacau langsung hingga mendidih.

Jadi baru-baru ni saya suruhlah isteri masak bubur nasi, jangan kacau. Alhamdulillah memang jadi. Hanya dikacau apabila sudah mula mendidih.

Kata pakcik tadi rahsianya ialah apabila beras atau kacang tadi dibiar masak tanpa kacau, akan ada lapisan air antara beras dan kacang dengan dasar periuk. Apabila di kacau sahaja maka, lapisan air ini akan hilang dan beras dan kacang akan terkena dasar periuk.

Satu tip yang amat berguna, sambil masak bubur boleh buat kerja lain tanpa perlu berdiri di dapur untuk sentiasa mengacau.

Macam ni , para suami pun boleh tolong masak bubur.

Selamat Mencuba

Sumber:Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

Monday, April 4, 2011

Yang mana telur asli, yg mana tiruan?

Subject: Telur ayam tiruan (kini di Pulau Pinang)

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.



Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama

ulasan saya:
Isy isy telur pun palsu? Hebat teknologi kita, mujur ayam masih asli.

Saturday, April 2, 2011

Petua bersihkan kerang


Mahasuci Allah yg menjadikan kerang. Kerang lagi?
Hari ni saya nak share apa yg pernah saya catatkan diruangan petua iaitu 'asam gelugur hilangkan hanyir".Ada bebrapa kegunaan asam gelugur yg patut kita manfaatkan ialah sebagai ajen pembersih. Semalam saya membeli kerang hansem dan ceria, untuk di masak hari ni. Seperti biasa saya cuci kerang dengan berus sabut bertangkai dan sekeping asam gelugor.

Masukkan kerang yg belum mandi itu kedalam besen dan masukkan sekeping asam gelugur dan air. Ambil berus sabut dan beruslah kerang serentak. Tak payah ambil kerang seekor2. Gesekkan berus pada kerang2 itu beberapa kali hingga tanggal daki2nya dan tukarkan air dengan air bersih 2-3 kali hingga anda puas hati yg kerang semuanya dah bersih, berwarna cerah dan berseri. Sambil basuh bolehlah baca bismillah lima, doa supaya racun yang mungkin ada pada kerang itu tidak memudharatkan kita. Tetapi orang perpenyakit Gout, janganlah makan kerang nanti bertambah parah sakitnya.

Resipi rebus kerang paling simple selain resipi rendang dan masak lemak.Bahan2nya cuma Kerang, 1-2 ulas bawang merah, setangkai chili kering ,sesudu teh garam dan 1-2 tangkai daun kunyit yang tua.

Daun kunyit yg tua lebih kuat aromanya dan akan menghilangkan bau hanyir kerang. Hiris bawang dan chili kering. Masukkan air melebihi kerang, rebus semua bahan selama 10-15 minit. Bila sebahgian kerang sudah terbuka kulit dengan sendirinya , itu tandanya kerang sudah masak dan sedia untuk dimakan. Sedap dimakan bersama nasi putih, sos chili dan sedikit sambal belacan.

Resipi kerang rebus paling mudah, sedap tetapi tidaklah murah sangat. Semalam selonggok kerang RM4.00. Jadi kalau nak makan kerang kena hidang dengan kulit kulitnya sekali. Kalau tidak sekilo kerang tu hanya dapat dua sudu (sepiring) isi sahaja.

Sekian selamat berhari minggu.

Kisah lain:
1-Kerang hansem
2-Kerang masak lemak

Tuesday, March 15, 2011

Rasulullah s.a.w terlebih dahulu makan garam

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

sumber: di sini.

Ulasan: Cuma kita tak pasti garam apakah yg dimakan oleh Rasulullah s.a.w dan bagaimana garam dihasilkan di zaman itu. Baru2 ini saya melihat proses mendapatkan garam bukit yg dilakukan oleh penduduk tempatan di Sarawak di TV. Susah juga caranya kerana mereka perlu gali 'telaga' untuk menadah air garam dan membiarkannya beku sebelum dibawa pulang untuk dipasarkan.

Jenuh saya cari di internet, nak tahu macam mana rupa garam di zaman Nabi s.a.w. Masa pergi Mekah/Madinah, garam di sana sam macam disini yg berwarna putih di dalam botol plastik putih di tulis "SASA". Kuram Nabi ada kita jumpa, tapi garam Nabi tak ada pulak. Heran juga, kat Mekah/Madinah tak ada garam bukit ker?

Friday, July 10, 2009

Kurma sebagai pelawas


Khasiat kurma tak perlu dibahas atau dipertikaikan lagi.Baik dari sudut agama mahu pun secara saintifiknya, kurma memang mengandungi zat makanan yang sangat baik untuk tubuh manusia. Kata pepatah inggeris 'an apple a day makes a doctor away" tetapi saya lebih senang mengubah persepsi tersebut kepada "Sebiji kurma mamadai untuk kekal sehat sepanjang hari"


Pengalaman yang saya ingin saya kongsikan tentang kurma ini ialah kurma sebagai pelawas.Umpama julap yang diperlukan untuk melancarkan usus besar begitulah mujarapnya kurma untuk mengatasi sembelit. Tak kira apa jenis kurma yang anda pilih, kurma muda yang lembut atau kurma matang yang agak keras, makanlah 2-3 biji kurma bersama air suam yang agak panas. Tak perlu tunggu lama, insyaAllah selepas kira-kira 10 minit memakannya bersama air suam panas, sembelit anda akan segera sembuh.


Kurma muda yg dipanggil ruttab tidak begitu sesuai untuk dijadikan pelawas. Jika kurma matang yg berwarna coklat atau hitam pula hendaklah direndam dengan air panas supaya lembut sebelum dimakan dan minumlah air suam yg agak panas selepas itu. Bawalah bekalan kurma ke mana2 jika anda bermusafir . Janganlah tunggu bulan ramadhan sahaja barulah nak beli kurma. Jadikan kurma amalan harian sekurang2nya sebiji sehari untuk anda kekal sehat sepanjang hari.

Friday, July 3, 2009

Apa khasiat kapur sireh ?


Sekapur sireh seulas pinang, begitulah ungkapan yg biasa didengar dalam pantun , peribahasa atau ayat ayat seni yang lain. Seolah-olah kapur dan sireh tak dapat dipisahkan, jika dipisah pincanglah ia. Sememangnya kapur selalu berganding dengan sireh dan dikunyah bersama gambir sebagai makanan kudap-kudapan masyarakat India dan sebahagian masyarakat Melayu zaman dahulu.

Kini sudah jarang benar kita melihat kaum wanita khasnya, makan sireh. Kalau hendak melihatnya kenalah buka VCD filem filem lama. Mungkin filem tamil/hindutan masih lagi memaparkan kegiatan makan sireh bercalit kapur. Apa khasiatnya kepada kesihatan mulut? yg pasti mulut akan menjadi merah, berasa pedas (sireh) dan sedikit payau (rasa gambir).

Hairan juga kenapa makan yg begini menjadi suatu latihan mulut bagi masyarakat dahulu kala. Mungkin kerana kaum wanita dahulu tidak berkerja di Pejabat, maka untuk melengah masa mereka makan sireh. Bayangkan jika wanita kini terutama yg menjaga kaunter , makan sireh sambil bertugas.


Berapa ramai pula antara kita yang biasa menggunakan kapur sireh dalam masakan atau perubatan? Atau mungkinkah generasi baru kini sudah tidak pernah melihat kapur sireh jauh sekali untuk mengambil tahu akan khasiat dan kegunaannya.Sebenarnya terdapat beberapa khasiat dan kegunaan kapur yg mungkin kita tak tahu. Antaranya yg saya dan keluarga saya selalu amalkan adalah seperti berikut :-

1-Khasiat Untuk Kesihatan (ubat sapuan luar)

1.1 Menghilangkan bengkak: Jika ada sebarang bengkak pada anggota badan seperti bengkak akibat digigit binatang, terkepit pintu atau kudis/jerawat yg sedang membengkak, sapukan saha kapu yg telah dilembutkan (direndam dgn air) di tempat yg bengkak. Biarkan sehingga kering, ulang jika perlu sehingga bengkak berkurangan. Jangan gunakan kapur ada permukaan yg luka (terbuka) kerana kapur kemungkinan akan mengakibatkan jangkitan kuman.

1.2 Mengurang jerawat : Sama ada jerawat yg sudah dipicit (parut) atau jerawat yg sedang membengkak, boleh disapukan dengan kapur secara nipis. InsyaAllah jerawat akan menguncup dan parut jerawat akan segera mengelupas dan menghasilkan kulit baru.Biasanya untuk jerawat elok dicampur bedak sejuk dan sedikit garam. Lebihkan bedak sejuk, contohnya jika sesudu bedak sejuk campurkan dengan secubit garam dan secubit kapur. Bancuh dengan air dan sapukan pada jerawat.

1.3 Mengurangkan bengkat lutut :Campurkan kapur dan asam jawa sama banyak. Sapukan pada lutut dan balut dengan kain. Gunakan amaun yg banyak lebih kurang segenggam kapur dan asam jawa untuk satu lutut.Biarkan hingga kering. Bengkak lulut/sendi akan berkurangan.

1.4 Menghilangkan ruam (akibat alahan): Sapukan kapur yg telah dicampur dengan air (campuran yg cair) dan sapu pada tempat yg bengkak atau beruam. Bekas gigitan nyamuk juga boleh disapu. Elakkan menyapu pada kulit bayi kerana mungkin akan mengelupas.

1.5 Menghilangkan kudis buta: Kudis buta ini ialah kudis yg biasanya dihidapi oleh kanak2 yg suka main tanah.Ia biasanya berair dan gatal. Kapur dicampur sedikit minyak dan di masak hingga berbuih.Biarkan suam dan sapukan pada kudis buta. Sapulah ketika kanak2 tidur kerana jika dia sedang jaga ramuan ini akan menyebabkan pedih .InsyaAllah kudis akan baik beberapa hari selepas diguna berulang kali. Ini adalah ikhtiar jika rawatan doktor tak dipat diusahakan.

1.6 Mengurangkan Batuk : Sapukan kapur pada kerongkong , bahagian luar. InsyaAllah batuk akan berkurangan.

2. Kasiat dalam masakan dan kueh mueh.

2.1 Merangupkan dan mengeraskan bahan masakan terutama yg berasaskan tepung dan digoreng dengan minyak yg banyak . contohnya bancuhan tepung goreng pisang,keledek dll. Biasanya sedikit air kapur (sesudu teh) sudah memadai untuk dicampur dalam bahan tepung goreng . (3 bahgian tepung beras + satu bahgian tepung gandum + sesudu air kapur).Tambah sedikit kunyit,bancuhan akan jadi kemerahan.

2.2 Melekangkan bancuhan tepung. Kapur dicampur dengan bancuhan tepung untuk buat kueh dadar, lempeng atau roti jala akan menghasilkan kueh yg mudah untuk dikeluarkan dari kuali.

2.3 Menyedapkan sesetengah kueh seperti kueh kosui danm kueh lompang.

2.4 Untuk memerahkan warna makanan.Kapur bila dicampur dengan kunyit akan jadi merah iaitu pewarna merah asli. Sebab tu ada bidalan sebut-"macam kapur dengan kunyit" bila disatukan terus merah. Kesan segera. Saya pernah gunakan kunyit hidup campur kapur untuk merendamkan pulut, hasilnya memuaskan kerana warna kunyit meresap dalam pulut secara sekata dan kapur tidak terasa langsung, macam tak ada.

2.5 Menghilangkan pahit peria. Saya rendam peria yg sudah dipotong2 dalam air dengan sedikit kapur (cair) selama 1/2 jam dan cuci semula bila hendak ditumis. hasilnya peria akan kurang pahit ttp ada sesetengah orang memang suka peria yg pahit :).

Setakat itu sahaja yg teringat. InsyaAllah jika ada tips tambahan akan dicatatkan.

maklumat tambahan:
* Kapur dicampur dengan daun chili (digiling atau sekadar diramas bersama) baik untuk mengubat kayap.
* Sedikit kapur dimasukkan dalam bancuhan air teh (tanpa gula) boleh mnyembuhkan senggugut.

Monday, December 8, 2008

Petua membaharui tupperware, bekas malamin dan pinggan mangkuk


Jika mahu tupperware, pinggan mangkuk malemin dan bekas2 plastik kembali seperti baru, rendamkan dlm air yg dicampur dgn klorox atau bahan peluntur lain. Masukkan kira2 satu penutup peluntur dlm 5 liter air, rendamkan bekas2 yang hendak diputihkan. Atau masukkan campuran peluntur tadi dlm bekas2 tersebut dan biarkan beberapa jam atau semalaman. Jika kita rendam bekas, bahagian luar dan dalam bekas akan kembali seperti baru, jika kita masukkan air+ peluntur dalam bekas maka hanya bahagian dlm shj yg bersih. Air+peluntur tadi boleh diguna berulangkali untuk bekas2 yg lain sehingga kita tak lagi mahu gunakannya. Selamat mencuba.

Monday, November 10, 2008

Petua Memilih, Menyimpan, dan Mengolah Daging


Di mana pun, pada Hari Raya, baik Idul Fitri maupun Idul Adha
selalu dirayakan dengan penuh suka cita. Setiap orang dan komponen
keluarga memaksakan diri untuk membeli berbagai kebutuhan untuk hari
raya tersebut. Misalnya, pakaian, makanan, dan berupa hadiah-hadiah.
Tidak ketinggalan, daging menjadi salah satu menu istimewa pada hari
raya ini.

Khususnya, pada Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Qurban dengan
banyaknya orang yang berqurban, baik kambing, sapi, maupun kerbau.
Pada hari-hari ini konsumsi daging meningkat. Tidak hanya dialami
oleh orang yang berkecukupan, masyarakat miskin pun ikut mendapatkan
konsumsi daging ini, yaitu dari jatah pemberian hewan qurban.

Mengingat hal di atas maka dibutuhkannya pengetahuan tentang teknik
menyimpan dan mengolah daging. Sebab, setiap daging memiliki
perlakuan yang berbeda sesuai jenis dan karakternya. Maka, sekadar
pengetahuan, kami memberikan beberapa tips bagaimana menyimpan,
memilih, dan mengolah daging secara garis besar yang kami kutip dari
berbagai sumber. Yaitu sebagai berikut.

I. Tips memasak daging berkuah:
Beberapa kunci penting dalam memasak daging2an berkuah:

1. Pastikan daging dan bumbu dimasak secara bersamaan sejak awal.
Hal ini akan membuat bumbu meresap sempurna ke dalam daging, cita
rasa bumbu dan kuah yang dihasilkan pun akan semakin matang sempurna.
2. Gunakan api kecil, untuk mendapatkan kaldu yang sempurna dan
tekstur daging yang lembut. Hindari penggunaan api sedang dan besar,
sebab akan menjadikan kaldu berwarna buram dan cita rasa yang hambar
serta tekstur daging yang kering.
3. Apabila menggunakan panci tekan/presto (pressure cooker) boleh
menggunakan api yang sedang, sebab proses pemasakannya memanfaatkan
sistem tekanan uap panas sehingga mampu mengeluarkan sari-sari daging
dari "sarangnya".
4. Untuk beberapa jenis masakan, seperti soto, pindang, dan rawon,
apabila diinapkan selama satu malam akan dihasilkan paduan kaldu dan
bumbu dengan cita rasa terbaik.
5. Karena daging kambing lebih tinggi dalam menyerap rempah
dibandingkan daging sapi. Maka, lebihkan takaran rempah 25-40% jika
memasak daging kambing.
6. Usahakan untuk mencampur daging dengan minimal 30% daging
bertulang pada masakan berkuah untuk mendapatkan kaldu yang banyak
sekaligus meningkatkan penampilan agar lebih menantang selera.

II. Tips memilih daging ayam:

1. Pilih daging ayam yang keadaannya masih segar.
2. Pilih yang baunya masih normal, yaitu tidak busuk atau
menyengat.
3. Pilih yang tidak mengalami perubahan warna. Yang normal
biasanya berwarna putih kekuningan. Daging ayam yang berwarna agak
kemerahan umumnya disebabkan karena si ayam sudah mati sebelum
dipotong. Sedangkan daging ayam yang berwarna kuning menunjukkan
kurang sempurnanya pemanasan saat membersihkan bulu, sehingga kulit
arinya tidak terkelupas.
4. Pilih yang tidak terlihat ada tanda memar.

III. Tips penyimpanan daging ayam

1. Bersihkan daging dari bulu-bulu yang masih melekat.
2. Cucilah daging hingga bersih sebelum disimpan.
3. Bungkus daging ayam dengan kemasan plastik atau tray foam
serapat mungkin untuk mencegah terjadinya dehidrasi pada waktu
penyimpanan.
4. Penyimpanan dapat dilakukan di dalam lemari es dengan
temperatur 2-4 derajat celsius, maka daging mampu bertahan selama 2-3
hari.

Selengkapnya:
http://demediapusta ka.com/200811109 3/Tip-Trik/ Memilih-Menyimpa n-dan-
Mengolah-Daging. html

Thursday, October 23, 2008

sunkis relaikan nasi


Anda mahukan nasi briani, nasi minyak atau nasi tomato anda relai dan tak melekat antar satu sama lain? tambahkan jus sunquick! bagi setiap 1kg beras, 2-3 sudu jus sunquick mencukupi.

Sunday, September 28, 2008

petua lembutkan daging



Beras pulut boleh melembutkan daging. Ambil segenggam beras pulut, bunjutkan dalam kain muslin (atau kain pembalut luka) dan masak bersama daging hingga empuk.Bila empuk masaklah daging seperti biasa, buangkan bunjut pulut tadi.

Tuesday, September 16, 2008

Petua kulit karipap lembut

Biasalah kalau setiap tukang masak ada rahsia masaknya yang tersendiri. Sebab itu ada masakan yang hanya sedap dibuat oleh orang tertentu sahaja walaupun resipinya sama.


Saya sebelum ini dah cuba macam2 petua untuk melembutkan kulit karipap. Antaranya:-
1-gunakan air ais
2-campur sedikit air kapur
3-masukkan majerin.

entah dimana silapnya selalunya kulit karipap jadi keras. Kebetulan maklong bertamu di rumah saya minggu lepas, dapatlah saya lihat cara beliau buat kulit karipap yg intinya sudah saya sediakan.

adunan kulit karipap :
dua cawan tepung gandum
sedikit garam + sesudu air biasa (sikit shj)
secawan majerin/planta

panaskan majerin dan biarkan suam sedikit .Tuang dalam tepung. Gaul rata sampai boleh dikepal Masukkan air sejuk yg telah dicampur garam, uli menjadi doh. Biarkan sebentar sebelum dimasukkan inti dan dikelimkan.

Kalau untuk jualan boleh campur minyak masak dgn majerin untuk kurangkan kos.

nota : jiran saya kata campur telur, air dan tepung shj. Saya belum cuba

Monday, September 15, 2008

Menghilangkan hanyir telur

  Telur ayam biasanya menghasilakn bau yang agak hanyir pada masakan. Adakalanya menjadikan kita loya bila terbau lebih2 lagi jika dibuat kueh.

Cara untuk menghilangkan hanyir ialah dengan membuangkan bahagian putih kental yang ada dalam telur.Ada yang memanggilnya tali pusat. Pecahkan telur dengan hati2 supaya bahagian kuningnya tidak pecah. Gunakan tangan atau garpu untuk membuangkan bahagian putih tadi, Biasanya ia pekat dan keruh warnanya berbanding bahagian putih telur. Selepas dibuang telur boleh digunakan untuk masakan.
Posted by Picasa

Tuesday, August 5, 2008

Petua buat sambal belacan


Untuk membuat sambal belacan yg sedap terpulang kepada resipi masing2. Ada yg mencampurkan sambal dengan tomato, buah mempelam masam, nenas, buah rumania , jering dan ada juga yang mencampurkan dengan belimbing buluh.

Chili merah biasanya ditumbuk barulah sambal tu sedap. Untuk mengelakkan chili masuk ke mata maka ada cara yang mudah iaitu goreng chili merah (tanpa di potong) sehingga layu kulitnya. Angkat dan gunting/potongkan kemudian tumbuk bersama sedikit belacan yg telah digoreng.Dgn cara ini biji chili tidak terpercik ke mata dan chili tidak berair.

selamat mencuba.

Thursday, June 12, 2008

Petua: asam gelugur hilangkan hanyir




Salam,

Macam2 bahan digunakan oleh surirumah untuk membuang hanyir ikan terutama ikan air tawar/ikan sungai, udang, sotong, ketam dan lain2. Keluarga saya biasa guna campuran asam jawa dengan tepung gandum, bahan ini digaul kpd ikan dan makanan laut lainnya dan dibilas.

Beberapa tahun dahulu, seorang makcik di Temerluh telah menunjukkan kepada saya cara guna sekeping asam gelugur untuk membersih ikan. Amat menakjupkan memang ikan2 tu jauh lebih bersih dari kaedah keluarga saya. Semua lendir2 ikan hilang dan ikan menjadi kesat dan hanyir pun hilang. aKhirnyA saya menggunakan kaedah ini hingga sekarang kepada semua hidupan yg hendak dimasak. Ayam dan daging pun saya guna kaedah sama.


Sekeping asam gelugur/asam keping boleh mencuci beberapa kilo ikan/daging. Asam keping ni boleh digunakan berulang kali hingga hancur. Untuk sotong sekeping asam gelugur untuk sekilo sotong adalah memadai dan ulangi membuang air/bilas 2-3 kali hingga puas hati kebersihannya.

Selain membersih dan menghilang hanyir ikan/makanan laut , asam gelugur juga membersihkan dan menghilangkan hanyair tangan kita.Selamat mencuba.

Wednesday, June 11, 2008

petua:Cengkih matikan ulat



Mungkin disebabkan perubahan cuaca, saya dapati sekarang ini bakul cepat sangat berulat jika ada sisia makanan didalamnya. kadang2 tak sampai sehari, hanya semalaman ulat2 sudah merenyut2 dalam tong sampah. Ulat2 ini amat cepat membiak jika ada sisa daging ayam/ikan mentah. Rupanya bukan saya seorang mengalami hal ini, jiran2 juga begitu. Sampah mesti dibuang secepat mungkin.

Biasanya tong-tong sampah akan berulat pada hari Isnin. Ini kerana jadual kutipan sampah ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sampah pada hari sabtu akan terbiar 2 hari dan inilah punca bau dan ulat2 yang melata tak terkira banyaknya. Bagi tong-tong sampah di luar rumah, hal ini tidaklah begitu merunsingkan. tetapi bila tong sampah di dalam rumah berulat sehingga terkeluar dari tong dan merayap2 atas lantai, tentulah ianya bukan sahaja menjijikkan malah menggelikan.

Baru2 ini kakak saya dapat petua secara tak sengaja. Waktu itu ulat2 sudah mula merayap hingga atas tong. Kebetulan dia nak buang serdak cengkih, dibuangnya atas ulat2 tu.Tak lama lepas tu ,dia ingat nak ambil sheltox untuk sembur pada ulat seperti biasa. Rupa2nya ulat yg kena serdak cengkih sudah mati.Saya masih belum cuba kaedah ini, insayAllah jika ada lagi ulat2 dalam tong sampah saya akan cuba taburkan cengkih yg telah ditumbuk.

Sunday, June 8, 2008

petua:Cengkih penawar sakit gigi, bau mulut


Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insyaallah berkesan.

Selain itu , cengkih juga biasa digunakan sebagai pengharum bau mulut. Kemam beberapa batang bunga cengkih. Pastikan anda juga rajin memberus gigi dan lidah serta berkumur2 dgn garam jantan. Garam bukit juga boleh diguna. Kesihatan mulut malah penting, jika sudah sakit gigi, satu kerja pun tak jadi. Bau mulut yg pengo pula boleh menyebabkan pelanggan/rakan/orang tersayang terpaksa menahan nafas.. kasihani mereka weh. :)

p/s kadang2 saya pun tak tau nak habak macam mana kalau berdepan dengan orang yang mulut/nafasnya berbau.. emm sendiri mau ingatlah kawan.

Friday, June 6, 2008

Tip BBQ



Assalamualaikum wbt,

Ni nak beri sedikit tips tentang cara untok memasak dengan keadah BBQ.

CAra yang terbaik yang saya tahu ia lah dengan mengunakan batu bata merah sebagai tempat BBQ.

Letak, sebesar mana yang di kehendaki , batu bata di atas lantai rapat rapat.Kemudian jadikan longkang dengan meletakkan lagi batu bata di atas nya.Sebaiknya guna dua lapis batu untok ini.

Bakar arang sehingga menjadi bara dan apabila api telah berhenti, tinggal bara sahaja; kipas semua abu keluar dan mula panggang atas bara.

JANGAN Kipas bara semasa memasak. Abu dari bara tidak baik untok kesihatan. Tanpa api naik ke makanan, makanan yang di masak akan menjadi lembut dan gebu.

Kita boleh buat tempat BBQ yang sebesar mana kita mahu dengan cara ini. dan dengan batu bata, masakan akan dapat di masak dengan cepat. Heat is retain.

Kalau nak jadikan tempat BBQ ini sebagai Oven.cuma letakkan penutup yang sesuai dan pastikan apabila buat " longkang" tadi guna bata yang berlobang.

selamat mencuba.

ps. cara ini paling baik untok kambing dan lembu dan kerbau.... nak masak mata kerbau pun boleh.

Petua daripada:
Friday, 6 June, 2008 11:16

Monday, June 2, 2008

Petua hilangkan racun makanan


Seorang ustaz memberitahu saya supaya mengamalkan zikir ketika memasak, bukan sahaja kita tak akan terasa letih memasak malah kita akan dapat pahala berzikir. Biasanya kita memang leka ketika memasak, zikir2 pendek seperti subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar , syahadah dan selawat boleh kita amalkan. Secara khususnya kita boleh membaca "bismillah hilazi la yadhurru ma'as mihi syaiun fil ardi, wa la fis sam'i wa huawas sami'un 'alim". Maksudnya "Dengan nama Allah yg mana tiada kemudharatan apa yg ada di bumi dan di langit, dan Dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui." Dengan keyakinan, kita tiupkan kpd masakan kita dengan niat menghilangkan racun atau mudharat pada bahan2 yang dimasak. Allahu'alam.