Showing posts with label kacang pol. Show all posts
Showing posts with label kacang pol. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

Kuah durian kacang pol


Musim durian dah tiba. Kalau makan durian begitu sahaja , alamat nak cari penyakit. Kalau tak batuk mungkin demam kepanasan. Durian tak tahna begitu lama. Sebaiknya dikupas dan simpan dalam freezer kalau nak tahan lama. Tetapi boleh juga dibuah kuah durian.. macam2 resipi boleh di jumpai di maya internet ni. Antaranya yg saya buat minggu lepas.

Bahan-bahannya:
Secawan kacang pol mentah
Secawan susu pekat manis
Secawan isi durian
Secawan air
Sedikit garam (secubit)
2-3 helai daun pandan.


Cara membuatnya. Oh mudah sangat. Rebus kacang pol dengan api sederhana sampai empuk. Tak perlu remdam dulu. Kalau nak cepat lembut boleh bubuh tebu yg dah di belah. Bila empuk angkat dan buang kulit2nya.

Masukkan kacang pol yg sudah dibuang kulit, susu, durian,daun pandan, garam dan air ke dalam periuk. Panaskan atas api , masak dengan api sederhana sehingga kuah agak pekat. Angkat dan hidanglah dengan lempeng atau Roti.Emm sedapnya.. sendiri perasan sedap :)

Wednesday, June 11, 2008

Kuah kacang pol



Bahan2:-
1 tin kacang pol (kacang parang)
1 biji bawang besar di cincang /dadu
sebiji bawang putih (besar) dicincang
1 biji kentang saiz sederhana dipotong dadu
sebiji tomato dipotong2
sesudu rempah kari (atau serbuk ketumbar)
sebiji chili merah dihiris
segenggam kismis
2 sebiji kurma
sedikit cengkeh, bunga lawang dan kayu manis
2 sudu majerin (saya guna olive grove spread)
juice limau nipis (jika suka)
sesudu gula
sedikit garam



Cara masak:
1- Panaskan majerin dalam kuali dgn api kecil
2- Masukkan bawang besar, tumis sebentar.
3-Masukkan kentang,bawang putih,cilih merah, tomato ,rempah,cengkih, kayu manis dan bunga lawang dan balik2kan sehingga bahan2 layu. Biar 2-3 minit,
4- Masukkan kacang pol, kismis, kurma dan gula. Tambah air setin lagi. Masak pada api sederhana lebih kurang 30 minit.
5. Matikan api dan blend bahan2 dalam blender/chopper hingga halus. Panaskan semula atas api untuk memekatkan lagi kuah. Masukkan sedikit garam.
6- Perahkan air limau jika suka.Hidang bersama roti .