Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

Sunday, September 7, 2008

Tips mengukus

Biasanya masalah surirumah bila membuat kueh yang dikukus ialah masalah kueh berkedut dan berair di bahagian atas. Sama ada adunan tidak betul atau pun sebab perkakasan. Biasanya jika adunan sudah betul maka kita kena pastikan alat pengukus tidak melelahkan wap ke dalam masakan kueh.


Cara yg kita perlu biasakan apabila mengukus ialah dengan membiarkan air yang mencukupi menggelegak sebelum masukkan kueh. Bagi kueh seperti kueh lapis, seri muka kosui dll , pastikan kita selalu membuka tutup (2-3 kali) pengukus dan lap bahagian dalam supaya air tak menitik.Atau gunakan kain muslin (kain lampin bersih) atau kain tuala untuk menutup pengukus .Pastikan kain berada antara loyang dgn penutup pengukus. Atau pun kain tu dibungkus/ikat pada penutup pengukus.(lihat gambar)

Zaman dulu

Di zaman dahulu suri rumah lebih kreatif memasak dengan menggunakan alat yang sedia ada sahaja.Misalnya untuk mnegukus para ibu menggunakan kuali dan penutup periuk. Dalam kuali itu diletakkan dua batang kayu/papan kecil supaya loyang boleh di letakkan di atasnya. Kadang2 diletakkan dawai/jaring atau batang besi yang diubah suai.

Kuali begini kemudiannya di letakkan kain buruk yg telah dibasahkan di sekeliling penutup periuk supaya wap tak keluar.

Untuk membuat laksam rakan saya pernah gunakan periuk biasa(aluminum) , yang diisi air. Pes adunan laksam dituangkan atas tudung periuk yg leper dan bila sudah agak mengeras diterbalikkan tudung periuk supaya laksam terwap dalam periuk. Laksam tadi tidak masuk dalam air sebaliknya melekat pada tudung periuk.Selepas 2-3 minit angkat tudung periuk dan keluarkan laksam. Sungguh kreatif.Saya belum mencuba.

Kini zaman dah berubah dunia dah maju. Tak ramai orang sekarang yang mahu gunakan kuali. Sudah ada periuk nasi eletrik yang siap dengan pengukus. Sudah ada pengukus bertingkat dan multi cooker. Namun jika terdesak, maka cara lama boleh digunakan asal kita tahu caranya. Malah kadang2 masak cara lama lebih sedap.

Wednesday, August 27, 2008

Lepat pisang


Bahan-bahan:
sesisir pisang awak masak ranum(kira-kira 15 biji)
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa parut (yg putih sahaja)
1/2 sudu teh garam
2 pelepah daun pisang dilayur atas api dan dipotong kira2 5 inci lebar.

Cara buat:
1-Buang kulit/kupas pisang. Hiris nipis,tuang sedikit air (1/2 cawan) dan blend. Boleh juga guna pengadun kek atau gunakan senduk pelecek.
2- Campurkan adunan pisang dengan tepung.Gaul rata supaya adunan sebati.
3- Gaulkan kepala parut dgn garam.
4- Kaut sesudu adunan pisang dan leperkan atas daun pisang seperti gambar dibawah. Taburkan setengah sudu kelapa parut.Gulungkan lepat dgn daun pisang dan kemaskan/lipat bahagian tepi daun.

5- Ulang proses (4) sehingga adunan habis digulung.
6-Masukkan air dalam pengukus (kira2 1.5 liter) dan panaskan pengukus (150 darjah celcius) sehingga air mendidih.
7-Aturkan lepat yang telah dibungkus dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
8-Angkat dan sejukkan. Sedia untuk dimakan.

emm sedapnya sehingga menjilat daun pisang ..:)