Showing posts with label Makanan tradisi. Show all posts
Showing posts with label Makanan tradisi. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Makan nasi minyak


Hari ini hari Sabtu. Apa istimewanya hari Sabtu? Hari Sabtu sekarang ni dah jadi hari yg istimewa kerana ianya adalah hari kelepasan am seluruh negara senatero negeri. Hari Cuti satu Malaysia lah katakan.Negeri-negri yg cuti amnya hari Jumaat, hari Sabtu juga adalah hari cuti. Bagi Negeri hari cuti amnya hari Ahad, hari Sabtu juga hari cuti. Jadi hari Sabtu semua negeri cuti.

Kerana itulah hari Sabtu dipilih sebagai hari persandingan dan hari kenduri. Bila buat kenduri hari Sabtu, tujuannya supaya rakan dan saudara mara yg berada dinegeri2 lain dapat menghadiri kenduri yg diadakan pada hari Sabtu.Hari ini salah seorang jiran saya mengadakan kenduri sambut menantu, esok ada satu lagi kenduri. Maknanya hujung minggu ni tak payah masak tengahari.

Kalau dulu orang buat kenduri kawin, mereka masak nasi minyak. Sekarang tak ada nasi minyak yg ada ialah nasi brianai dan pilihan kedua , nasi putih dengan lauk ayam/daging dan masakan kampung. Saya ingat masa kecik2 dulu, selalu ikut mak pergi kenduri makan nasi minyak dengan kurma daging/ayam, huh sedapnya. Nasi minyak ni dimasak menggunakan minyak sapi,dengan rencah bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sahaja. Warnanya putih ,bau minyak sapinya semerbak tetapi nasinya tidaklah berminyak sangat.Sekarang dah tak ada lagi nasi minyak jenis ini. Asyik2 nasi briani, nasi arab, nasi tomato atau nasi ukhari. Daging ayam/lembu masak kurma lagi lah tak jumpa. Yg ada daging masak rendang atau masak kari.


Dulu ada juga kenduri kawin yang masak nasi putih , tetapi lauknya spesel seperti umbut kelapa yg jarang didapaiti pada hari lain.Tentu ada sepohon kelapa yang jadi korban.Memang sedap umbut kelapa dimasak lemak putih,ada sambal belacan dan ulam-ulam. Diganding dengan ayam goreng/ayam kampung dan ikan goreng atau ikan bakar. Memang ditunggu-tunggu majlis kenduri. Di kampung yg ada orang jawa pula, kendurinya ada nasi ambang, dan nasi berkat yang dibawa pulang. Sekarang dah tak ada lagi tradis bawa pulang nasi berkat/nasi ambang. Asyik2 bawa balik jajan yang entah apa-apa isinya. Paling popular, jeli SUMI dan bahulu jadi buah tangan tetamu yg datang.

Begitu lah , zaman berubah,negara dah maju. Tetapi nasi minyak masih lagi menjadi kenangan dimasa lalu. Kalau teringin makan nasi minyak putih, kena la buat sendiri, beli minyak sapi dalam paket jer, itu yg sedap. Yg dalam tin tak sedap. Hai macam2 lah kalau nak layan tekak.

Monday, February 16, 2009

Tempe dah jadi


Yahoo... akhirnya dah jadi dah tempe saya. Original resipi dari Meru. Itulah berkat 'menuntut' kata orang.

Inilah bahan2nya:

Beberapa keping tempe
100g kacang soya-untuk dapat 8-10 keping tempe nipis.

cara buat raginya:Hiris tempe nipis2 dan jemur beberapa hari hingga betul2 kering. Tumbuk atau guna blender kering untuk menjadikannya serbuk tempe (ragi tempe). Ragi ini boleh disimpan lama tak perlu masuk dalm peti sejuk. Masukkan dalam botol atau tupperware.

Cara buat tempe:Rebus kacang soya separuh masak kira2 20minit.(tak perlu direndam dulu) .Biarkan sejuk semalaman atau sehari. Buang kulit kacang dan bersihkan. Gaulkan dengan ragi tempe secara merata ' guna lebih kurang 2 sudu ragi tempe sahaja. Bungkuskan tempe yg telah digaul dgn ragi dalam daun pisang atau dalam plastik lutsinar. Biarkan sampai tempe menjadi, biasanya 2 hari dah jadi.


Ini pula contoh tempe yg saya buat pada minggu lepas 5/3/2009. Tak jadi. sebabnya yg saya perhatikan ialah saya tak toskan kacang elok2. Kacang berair dan kacang terlebih empuk. Jadi memang betullah kata pepatah, "parctice make perfect". Ini tak merudumkan semangat saya, insyaAllah dalam waktu terdekat ini saya kan jemur tempe lagi untuk buat ibu tempe.Dan terus cuba sehingga kita tahu apa sebab musabab tempe tak jadi.. nak kongsi dgn pengusaha tempe pun tak ada yg sudi kongsi pengalaman, masing2 nak jaga trade secret!.

Sesiapa yg mencuba dan jadi , bagitaulah yer...kalau tak jadi pun bagi tau lah. Nak tengok mana silap nyer. Sebelum ni saya buat tak jadi sebab tak rebus kacang tu, saya rendam 2 mlm shj. Akhirnya hampir jadi taugeh kepala besar.. he he.Pastu saya guna ragi buat tapai pulak tu... terlebih cerdik! lepas ni nak cuba buat keropok ubi pulak... haa tunggu.

Saturday, January 10, 2009

Pecal jawa


Bahan-bahan sayur
Bahan-bahan yang boleh dimasukkan dalam resipi pecal jawa ini ada lah seperti berikut tetapi tidak semestinya semua bahan ini ada. Mungkin boleh dipilih beberapa bahan yang disukai sahaja atau bahan yang ada ketika sajian disediakan.

1-Kacang panjang secekak dipotong kira2 1.5 inci dan dicelur.
2-sebiji timun dihiris seperti mancis
3-sebiji sengkuang dihiris seperti mancis
4-secekak kangkung dipotong/siang dan dicelur atau dikukus.
5-semangkuk taugeh dicelur.
6-2 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
7-2 hiris nangka muda direbus hingga empuk dan dipotong2.
8-Secekak daun ubi kayu direbus hingga empuk dan dipotong kira2 seinci.
9-Betik muda dicincang seperti mancis dan dicelur.


Bahan-bahan Kuah
500gram kacang tanah
5-6 biji cili kering yg elok,dibasuh tanpa dipotong.
4-5 biji bawang merah kecil atau 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci belacan.
seinci ubi cekur (pilihan)
1/2 cawan gula
setengah cawan minyak masak.
segenggam asam jawa.
garam secukup rasa.
Air suam.

Cara menyediakan kuah.

1-Goreng kacang tanah hingga perang.angkat dan toskan.Buangkan kulit ari kacang dengan meramas-ramas kacang dan tampi. Kisar kacang tidak terlalu halus.
2- Goreng chili kering, bawang merah dan bawang putih serta belacan. Angkat bila chili kering mula kembung dan garing.
3-Tumbuk chili, bahan yg digoreng dan ubi cekur hingga lumat.
4-Bancuh asam jawa dengan setengah cawan air, ambil jusnya.
5-Masukkan separuh kacang yg telah dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan 1/2 bahagian chili dan gaulkan. Masukkan 2 sudu air asam jawa dan tambah air suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Masukkan gula dan garam secukup rasa .

[Simpan setengah bahagian bahan lagi untuk dibancuh kemudian. Ini kerana bancuhan kuah cepat pekat dan tak berapa sedap jika dibancuh awal2. Jika dibancuh aral, ketika nak makan hendaklah di tambah air suam sedikit untuk mencairkannya.]

Cara menyaji.
Aturkan bahan2 sayur dalam pinggan kira-kira sejemput setiap bahan. Tuangkan sesenduk kuah diatasnya . Gaul-gaulkan bahan ketika hendak makan.
Selamat mencuba.

Monday, September 15, 2008

Nasi ambang

Emm sedapnya nasi ambang. Nasi ambang adalah makanan tradisi masyarakat jawa. Nasi ambang adalah juadah bekalan yang diberikan kepada tetamu pada majlis kenduri. Nasi ambang berbeza dengan 'berkat'. "Berkat' adalah istilah kepada makanan yang dibawa balik /diberikan oleh tuan rumah kepada tetamu untuk dibawa pulang. Jenis makanan dalam 'berkat' tidak tetap , ianya terpulang kepada tuan rumah. Ada tuan rumah yang membekalkan nasi ambang sebagai berkat.

Keistimewaan nasi ambang ialah bau dan rasanya. Aroma daun pisang, nasi kawah, ikan goreng tepung, tempe, sayur campur, kacang goreng dan mee goreng/celur sangat menyelerakan.Saya suka lauk daging yang digoreng dengan kepala parut, kacang sayur dan soohun. Ada yang membungkus nasi ambang dalam plastik dan kertas surat khabar, tapi rasanya tak ada ummph. kesedapan nasi ambang bergantung kpd tukang masaknya.Budak2 pun suka.

Tuesday, November 15, 2005

Laksam


LAKSAM

Bahan untuk Laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih

Loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak (kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji)
Periuk kukus - masak air hingga mendidih

Bahan Kuah laksam
3-4 ekor ikan kembung - dibakar atau rebus, ambil isinya sahaja, tumbuk atau blend (nak lebih pun boleh)
1-2 keping asam gelugur, boleh guna air asam jawa
5-6 biji bawang merah, tumbuk lumat
sehiris dua halia, tumbuk lumat
sedikit lada hitam, jika suka, tumbuk lumat
garam secukup rasa
santan secukup kegunaan (sebiji)

Bahan Ulam-ulamnya:-
Tauge
timun, kacang panjang, daun kesum, bunga kantan - hiris halus
pucuk daun samak, pucuk mata ayam, pucuk gajus..
daun kemangi atau daun selasih
dll ulam yang digemari
Limau nipis utk ambil ainya

sambal belacannya
lada kering, buang biji dan rendam dalam air panas
garam dan belacan
limau sambal

Cara membuat Laksam
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.

Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus.
Pastikan air betul-betul mendidih untuk mengukus.
Tuangkan satu atau satu setengah senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan dah masak. Jadi, bolehlah diangkat.. Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.

(kawan saya buat, tuang adunan tepung atas tudung periuk. Biar sekejap sampai beku. Terbalikkan tudung periuk, maknanya adunan akan menhala ke dalam air. Seminit dua angkat tudung tu. Ulang lagi guna tudung lain)

Cara membuat Kuah
Campurkan semua bahan. Masukkan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih. Sambil itu dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
Sesuaikan rasa dan angkat. Tapi masih perlu dikacau lagi sehingga suam sedikit untuk mengelakkan isi ikan berasingan dengan santan.
Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Cara membuat Sambal
tumbuk lada kering dan cili api bersama garam dan belacan
hingga lumat. Perahkan limau dan hidang.

Monday, November 14, 2005

Laksa




Kuah Laksa:

Ikan kembung/ikan sardin segar sekati (5 ekor )
Chili kering segengam ( nak lebih pedas tambah lagi)
5-6 ulas bawang merah
Seinci belacan (pilihan, tak bubuh tak apa)
5 keping asam gelugor
dua tiga pelepah daun kesum
setangkai bunga kantan (yang kembang lebih baik)
2-3 sudu gula pasir
sesudu teh garam
air untuk rebus.

Bahan Laksa:

Sepaket laksa segera (laksa kering)
Timun - dihiris nipis memajang macam mancis
Cili merah segar dihiris nipis (1-2 biji)
Bawang besar dihiris nipis-sebiji
telur rebus (jika suka, di belah 4)
Limau nipis

Cara masak kuah:

1- Bersihkan ikan, rebus dengan sedikit air (sekadar menutupi ikan tu). Bila empuk , (kira kira 10 minit), matikan api. Buang tulang2 ikan, ambil isi sahaja. Blend isi ikan dengan air rebusan tadi.

2-Sementara rebus ikan, potong atau guntingkan chili kering dan rendam dengan air panas sebentar (5 minit). Basuh dan toskan. Blend dengan bawang yang telah dihiris dan belacan.

3- Campurkan isi ikan yang telah di blend dengan chili kisa ini dalam periuk. Tambah 4-5 gelas air . Bunga kantan dibelah 4 dan masukkan sekali. Masukkan asam gelugor. Didihkan selama kira kira 30 minit. Bunga kantan ni kira wajib ada, kalau tak tak nama laksa ler...

4- Masukkan daun kesum, garam dan gula. Rasa garamnya. Tak cukup tambah lagi. Biar kira kira 5 minit sebelum dimatikan api.

Cara penyediaan:

1- Laksa direndam kira2 2 jam dengan air sejuk.Kemudian rebus hingga empuk dan toskan.
(Biasa saya masak serentak, sambil buat kuah sambil rebus laksa yang sudah direndam.)
2- Timun, bawang ,chili merah , limau dan telur rebus di ataur ataus pinggan berasingan.
3- Ambil sedikit laksa , bubuh sedikit bahan2 no.2 di atasnya dan tuang kuah laksa. Perah limau.

Apa lagi.. baca doa makan dan makanlah.., ia halal dan baik. Ada orang tambah ketumbar dan bahan lain, tapi saya buat simple macam ni jer.. Selamat mencuba.