Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

apam gula merah


Apam gula merah

Jika kita rajin melayari internet, macam2 jenis resipi apam ada.Jika sekali kita cuba , apam jadi kosui, kita rasa macam nak menyumpah resipi. Baru2 ini saya terbaca di Majalah mingguan wanita,resipi apam gula merah. tapi rasanya mungkin tak menjadi jika dibaca dari cara menyediakannya.

Bulan lepas ada tetamu bermalam di rumah saya, dia menunjukkan cara buat apam gula merah. itu pun tak berapa menjadi. Lepas dia pulang, saya cuba sendiri, 2-3 kali baru berani letak di blog. Takut orang menyumpah.. tapi resipi ini pun masih boleh dibaiki.


Resipi-1
Bahan2:
250g tepung gandum (cap sauh)
*50 gram gula pasir
*50 gram gula merah
*150ml air
5g mauripan cap kijang (1/2 packet)
sesudu gula pasir
50ml air

Cara membuatnya:
1-Masak bahan bertanda * hingga larut dan sejukkan
2-bancuh mauripan dengan sesudu gula pasir dan 50ml air. Biarkan bancuhan selama 1/2 jam atau sehingga naik.
3-Masukkan tepung, air gula merah dan mauripan yg sudah kembang. Gaul dengan senduk kayu sehingga bahan sebati dan tidak bergentel. Bancuhan ini seakan buat apam balik, lebih cair dari cok kodok tetapi tidaklah sampai cair macam buat ketayap.Biarkan bahan ini sela 1-2 jam iaitu naik 3x ganda.
4-Panaskan pengukus dan biarkan air menggelegak.
4-Oleskan acuan dengan mejerin atau minyak dan masukkan bancuhan apam. Kukus selama15 minit atau lebih sikit. Sejukkan dengan merendam acuan dalam besen.

Selepas buat apam guna tepung gandum, saya baca di internet cara2 nak buat apam jadi lembut dan gebu. Antaranya ialah dengan mencampurkan minyak dan air kelapa. Saya terigin nak cuba dengan resipi sendiri (repair resipi orang lain). Ini yg saya buat petang ini.

Bahan resipiku
2 cawan tepung gandum cap sauh
1 cawan air kelapa(tua)
1 cawan tapai nasi (sediakan sehari sebelumnya)
sesudu teh mauripan
1/4 cawan air
1 sudu gula stevia (stevico)
1/2 biji Kelapa parut + sedikit garam.

Cara menyediakan:
1-bancuh mauripan dengan air, biarkan mengembang (1/2 jam)
2-Masukkan tapai, air kelapa, tepung, gula stevia, dan mauripan dalam mangkuk.
3-Bancuh bahan dengan senduk kayu, kaup balikkan supaya tak bergentel. Biarkan 2jam atau lebih sehingga adunan kembang 2-3x ganda.
4-Sediakan pengukus, masak air hingga menggelegak.
5-Oleskan loyang dengan magerin atau minyak dan tuang adunan ke dalamnya.
6-Masak selama 15 minit . Tutup api dan sejukkan apam.
7-Potong dan gaul dengan kelapa parut.


Not bad lah rasanya, sangat lembut, tapi kerawangnya masih besar2. Resipi ni agak terlebih manis mungkin kerana saya guna stevia, jadi nak agak manisnya susah. Masih tak menepati rasa apa yg saya cari2.

Percubaan masih diteruskan....jeng jeng jeng

Tuesday, August 17, 2010

Apam ais krim soda



Langkah pertama, sediakan tapai. 1/2 cawan tapai sahaja diperlukan , rujuk cara buat tapai di sini.

Bahan-bahan
250 tepung beras (cap teratai)
300ml air aiskrim soda (HPA)
1/2 cawan tapai nasi
1/2 cawan gula
secawan kelapa parut + 1/2 sudu teh garam

Cara buat:
Blend semua bahan 1-2 minit. Guna blender yg biasa kita blend chili.
Masukkan dalam loyang 8" diameter.
Biarkan 4 jam sehingga ia berbuih (tetapi tidak membuak)i
Sediakan pengukus, masak air 1.5liter dalam pengukus hingga mendidih.Letakkan loyang dan kukus apam 15 minit.Tutup api dan biarkan apam sejuk.


Lepas api ditutup,boleh keluarkan apam dan rendam loyang dalam talam/basin berisi air untuk cepatkan lekang. Boleh juga guna bekas tupperware untuk kukus apam. Bila sejuk potong2 dan tabur kelapa parut.

nota : Kali ni jadi elok tak melepek pulak...kerawangnya pun tak berapa besar. saya peram 3 1/2 jam sahaja tak sampai 4jam sebab nak cepat.Sedap,lembut dan manisnya pun sederhana.Rezqi hari ni,jiran2 pun rasa :)

Wednesday, July 7, 2010

Apam beras yg menjadi


Yesss itu dia experiment buat apam beras sudah menjadik. Saya repair dari resipi apam eno yg baru dipelajari pada 3 Julai 2010 di surau al-mubarak, Kuantan. Barulah puas hati sebab selama hari ini buat apam tak pernah jadi. Selalunya apam jadi kueh kasui he he. Berkat sabo...

Resipi apam beras la-abwa(pek percubaan)

Bahan-bahannya:

Tepung beras cap teratai 200g (2 cawan arcopal)
Air suling (air bertapis) 160ml (satu penyukat beras)
sesudu besar gula stevia (1/2 cawan gula pasir )
1/2 cawan tapai nasi


Cara buat tapai (resipi asal):
2 pot beras ditanak seperti masak nasi biasa. Sejukkan nasi ,tuang dalam talam, serakkan, taburkan ragi sebiji ragi serata nasi. Gaulkan dan biar 24jam atau lebih.
(sukatan ini menghasilkan 3-4 cawan tapai). Untuk dapat 1/2 cawan tapai guna secawan nasi + 1/4 ragi, agak2 sahaja)


Cara buat apam beras:
Campur semua bahan dan masukkan dalam blender,kisar 2 minit. Tuang dalam bekas besar,biarkan 6 jam atau lebih sampai berbuih. Panaskan pengukus hingga air menggelegak. Masukkan adunan dalam loyang 6" dan kukus 15 minit. Tutup api dan biarkan sejuk.
InsyaAllah menjadi apam tu macam apam saya.Ia gebu dan halus. Bila sejuk, potong dan gaul dengan kelapa parut yg telah dicampur sedikit garam.


Apam beras ENO
(resipi surau al mubaraq-Kuantan)





Bahan-bahan:
1 paket tepung beras cap teratai
3 1/2 cawan air
1 cawan gula
2 cawan tapai beras ( Cara buat tapai spt di atas)
sepaket ENO biasa
2-3 titik pewarna merah.
rakan sajian-1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) dicampur 1/2 sudu garam.


Caranya:Campur semua bahan kecuali ENO dan pewarna, blend. Tuang dalam bekas besen besar dan biarkan 4 jam. Panaskan pengukus, bila air hampir mengglegak ,masukkan ENO dalam adunan. Bahagi adunan kepada 2, satu bahagian diwarnakan merah. Gaul dan tuang adunan dalam mangkuk2 kecil dan kukus 10-15minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum dihidang dengan kelapa parut.

nota: jika dikukus terus (tak diperap) pun apam ni tetap menjadi cuma jumlahnya tak banyak. Lebih lama diperap adunan menjadi lebih kembang.Terlalu lama pula apam kembali kecut..he he. saya tak berapa suka rasa apam ni sebab terlalu gebu...makan sebiji dah rasa sebu perut. agaknya ada kesan ENO tu...

Sunday, August 10, 2008

Apam beras

 
Bahan2:-
Tepung Beras - 1 Bungkus (500g)
Tapai Nasi - 1 Cawan
Gula - 1 Cawan (200g)
Air - 3 Cawan (600ml)

(Gambar menunjukkan adunan apam selepas dikisar)


Cara Memasak:
1-Tapai Nasi,Gula serta Air secawan dikisar.
2-Masukkan ke dalam bekas bersama baki 2 cawan air dan tepung beras.Kacau hingga sebati dan kisarlagi.
3-Peramkan selama 2-3 jam.
4-Kukus sehingga masak.

Cadangan Hidangan:Jikalau suka,bolehlah gunakan acuan kuih lompang dan warnakan mengikut selera anda.Sedap dimakan bersama kelapa parut yg di campur sedikit garam. (ambil bahagian putih sahaja. (buang kulit arinya)

nota: apam sedang diperam 3 jam. pukul 1 tghr baru nak kukus:

Apam ini tak menjadi, keras dan tak berkerawang. kena cari resipi lain. :)