Inilah antara kueh kegemaran saya. Putumambu atau putubambu namanya. Resipinya tak diketahui sebab biasanya saya beli sahaja. Kali ni dapat pula ambil gambar atas persetujuan penjual yg sudah bias dgn saya. Susah juga nak siapkan bahannya walaupun bahan2 tu senang didapati. Nak mendapatkan 'keseragaman; itu lah yg susah. Gula melaka perlu dibeli dari tempat yg sama supaya warnanya sama, agaknya.
Bahan2 nak membuat putu ini mudah. Cuma tepung beras, gula merah/gula melaka dan kelapa parut.Yg susah ialah nak menyediakan bekas pengukus yg khas seperti gambar. Emm jadi, lebih sennag beli sahaja. 4 keping RM1. Berbaloi kenyang.
Saya dapat bahan ini resipi dari internet :
Putu Piring (TuTu Kueh)
untuk mendapat sekitar 15 keping
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:
1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. Ayak dan biarkan sejuk.
2. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas
3. Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
4-Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.
(cara buat ini saya ikuti dari yang apa saya lihat sendiri)