Kerisik adalah rencah makanan yang popular di kalangan orang melayu. Banyak masakan orang melayu menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya masakan rendang, serunding, kerabu dan pajri nenas.
Bagi saya sendiri , jarang membeli kerisik di kedai kerana baunya kurang sedap (dah lama) yang menyebabkan masakan kurang terasa keenakannya. Selain membangkitkan bau yg sedap, kerisik yang baik akan menghasilkan masakan yg tahan lebih lama. Kerisik yang baik ialah yg baru dibuat dan dan pastinya dari kelapa parut yang baru.
Sebenarnya membuat kerisk mudah sahaja. cuma proses menggireng kelapa parut yg memakan masa. Biasanya sebiji kelapa perlu digoreng selama 40 minit.Mungkin inilah proses yang membosankan dan ramai yg tak suka buang masa buat kerisik lebih baik beli.Selalunya ia boleh dibeli dikedai runcit atau pasar malam dengan harga seringgit sebungkus (2 sudu).
Kerisik boleh disimpan pada suhu bilik tetapi lebih baik disimpan dalam peti sejuk. Ianya tahan lebih sebulan dalam keadaan baik. Ada petua mengatakan jika ingin kerisik tahan lama masukkan garam semasa menumbuk atau mengisar kelapa garing. Walau bagaimanapun saya tidak meletakkan apa2 bahan lain dalam kelapa kering yg dijadikan kerisik.
Kerisik yg baik tidak terlalu banyak mengeluarkan minyak. Kadangkala kerisik yg dijual di kedai minyaknya melebihi separuh dari jumlah kerisik. Hal ini tentunya menimbulkan tandatanya, apa yg dijual ? kerisik atau minyak kelapa? Memandangkan proses buat kerisik ini amatlah mudah, marilah kita usaha buat sendiri.