Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Saturday, October 10, 2009

Kek minyak zaitun

Resipi ni saya belum cuba.
Jumpa dalam buku resipi.
Saya berkenan sebab tak guna magerin/butter
Depa guna minyak zaitun.. inilah resipi yg dicari2.
Saya terjemah lah yer..kita guna bahasa ibunda.










Bahan2nya
sebiji oren
sebiji lemon
4 biji telur (saiz besar)
115g gula custor
175g tepung gandum
1 sb baking powder
secubit garam
225 ml extra virgin minyak zaitun
100g badam cincang
gula ising sebagai hiasan (taburan).

Cara menyediakannya:

1-Panaskan oven (preheat 180c). Lanserkan dasar acuan kek dengan minyak zaitun atau letakkan kertas kek pada dasar acuan.

2- Letakkan buah oren dan lemon dalam periuk. Tambah air sehingga tenggelam.Jerang selama 30 minit sehingga buah2 itu menjadi cukup lembut.Toskan dan biar sejuk.ambil kulit limau dan kisar halus.

3-Pukul telur dengan gula custor selama 7-8 minit. Masukkan tepung sedikit2 bersama baking powder dan secubit garam. Gaulkan dan masukkan minyak zaitun.

4-Akhirnya tambahkan kulit lemon/oren dan badam cincang.Gaul sebati ttp jangan gaul berlebihan.

5- Tuang dalam acuan yg disediakan tadidan bakar selama 45minit pada suhu 180c.

6- Bila sejuk, tabur gula asing diatasnya.

Nota : insyaAllah nanti saya cuba dan bakar dalam multipupose cooker. Khabarnya boleh bakar kek..emm alat ada tapi tak pernah guna.

Friday, November 28, 2008

Kek berwarna coklat


Hari ini saya mencuba sekali lagi kek coklat. Resipi yg hampir sama dgn kek bisul meletup tapi olahan berbeza. Cari resipi dalam internet. Saya guna separuh dari bahan asal

Bahan2nya:

150 g. mentega
150 g. gula kastor
200 g. tepung naik sendiri
3 biji telur
1/2 camt. esen vanila
60 ml. air panas
75 ml. susu cair
30 g. serbuk koko

CARA-CARA
1.Masak air, susu dan koko hingga larut. Biar sejuk.

2.Pukul mentega dan gula hingga kembang. Jika guna pengadun guna kelajuan 2 lima minit dan kelajuan 4 5-7 minit lagi.

3.Pukul telur dengan garpu dalam bekas berasingan. Masukkan essen vanilla .Masukan telur ke dalam adunan dan putar (guna kelajuan 1 shj) hingga sebati.

4.Bubuh tepung diselang-seli dengan bancuhan koko.
5.Tuang ke dalam tin bulat 8 inci yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.

6.Bakar pada suhu 190 C selama 1 jam. Atau guna microwave + convection selama 25 minit. Biar sejuk sebelum dihias.

Hasilnya: Jadi kek tapi agak manis. tak jadi kek coklat basah yg saya idamkan. Mujur ada jiran saya datang, laku kek saya :)

Monday, October 27, 2008

Kek halia

 
Kek Halia Segar

Bahan-Bahan:

115g mentega
115g cawan gula perang
2 biji telur
225g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh serbuk penaik
4 cm halia ( di tumbuk)
1 sudu te serbuk kayu manis
25ml golden syrup atau madu
25ml susu segar

 
Cara membuatnya:

1-panas kan ketuhar.Sediakan caserol atau dulang pembakar 8 inci persegi
2-Ayak tepung bersama serbuk penaik, sebuk kayu manis dan halia dalam mangkuk pembancuh.
3-Masukkan mentega gaulkan. Masukan pula gula dan kacau.
4-Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama madu/syrup dan susu.
5-Tuang bahan telur ke dalam bahan tepung dan pukul dingga sebati dan rata.
6-Tuang adunan ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 30 minit. (saya guna microve fungsi convection + microwave)

Nota : oleh kerana gula perang tak ada saya guna gula halus putih , jadi warnanya tak perang seperti sepatunya. Baunya sedap.
Resipi ini di ambil dari buku bertajuk: cancer prevention cooking by beatrice Heywood Taylor. printed in S'pore.

Posted by Picasa

Friday, October 10, 2008

Kek coklat bisul meletup


Bahan bahan:

Bahagian A:
secawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
secawan air.
Dimasak dua-tiga minit.

Bahagian B
Planta majerin -250 gram
2 cawan gula
6 biji telur -dipukul kembang berasingan
1 camt essen vanila

2 cawan tepung naik sendiri diayak bersama 1 sudu teh baking powder.

Cara.
1-pukul gula dgn majerin hingga kembang (5-7 minit)
2- pukul telur berasingan. campurkan essen vanila dan tuang ke dalam adunan majerin sikit demi sedikit sambil pukul lagi.
3- Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit.Kaut dan balik sehingga sebati.
4- campurkan bahan A dan gaul sebati.
5- Sediakan caserol untuk membakar. alas dengan kertas pembakar.
6- Bakar dgn microwave high 5-6 minit

Hasilnya: kek masih cair.
penyelesaian: bakar dengan convection (oven) selama 40 minit lagi
hasil : kek masak tapi bahagian tengahnya macam bisul meletup- ha ha ha...

sabar sabar, lain kali kita cuba ok!

Wednesday, August 6, 2008

Tiramisu



Bahan:
Kek pound dibekukan
2 pints aiskrim berperisa kopi dilembutkan
1 pint aiskrim berperisa coklat dilembutkan
Sos Hot Fudge
Kepingan Coklat di sagat

Cara:

1. Kek dipotong 4 secara melintang.
2. Alas bekas yg akan digunakan dgn plastik.
3. Masukkan 1 lapisan kek. Jika berlebihan trim bahagian tepi
kek mengikut saiz bekas.
4. Ratakan 1 bahagian aiskrim kopi ke atas kek.
5. Letakkan lapisan kedua kek.
6. Ratakan aiskrim coklat ke atas lapisan kedua.
7. Ulangi langkah 3 dan 4.
8. Masukkan lapisan kek yg tinggal. Tutup dgn alas plastik.
9. Bekukan selama 6 jam.
10. Terbalikkan serta buka alas plastik.
11. Tabur atasnya dgn coklat yg disagat. Potong mengikut saiz yg
hendak dimakan.
12. Tuang sos hot fudge sebanyak yg disukai. Dimakan sebagai
dessert.

Nota: Boleh ganti kek pound dgn jenis yg disukai. Begitu juga aiskrim.
Saya tak pakai alas plastik. Dari bekas terus ceduk masuk mangkuk
masing-masing sebelum di makan dgn hot fudge. Kesukaan anak-anak.

sumber: ume , texas.
Mon Jul 28, 2008