Showing posts with label nenas. Show all posts
Showing posts with label nenas. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Nenas masak lemak chili api



Puas hatilah kali ini dapat makan nenas yg ditaman sendiri. Sedapnya nenas masak dipokok, manis sampai ke telinga. Sebahgiannya dimakan begitu sahaja, sebahgian dimasak lemak chili api. Jiran pun merasa sikit sorang. Beginilah resipi saya, mudah sahaja.


Bahan-bahan:
Sebiji nenas yg sudah masak
300ml santan kelapa pekat (1/2 biji kelapa)
10 biji chili padi (merah dan hijau)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (ubinya)
segenggam ikan bilis atau udang kering
sesudu tepung gandum
sedikit tulang ikan masin (kurau)
atau 2-3 ekor ikan masin (gelama/cencaru)
sedikit garam.
sesenduk minyak masak


Cara memasak:

1- Kupas nenas. Biasanya saya akan potong bahagian pangkal dan jambul dahulu biar rata dan senang diletakkan atas papan pemotong. Letakkan bahagian jambul ke bawah. Hiris/buang kulit dengan memotong dari pangkal ke jambul (atas ke bawah).Agak2 jangan telalu tebal, sekadar buang bahagian kulit yg keras. Kemudian buang bulu hidungnya ( atau matanya yg berduri). Hiris nipis ikut suka. Masukkan dalam periuk , tambah air separas nenas dan rebus separuh masak.Tutup api, biarkan dahulu.

2.Bersihkan ikan masih dan goreng hingga masak. Ketepikan dahulu.

3-Kupas bawang dan tumbuk lumat bersama chili padi, kunyit dan ikan bilis/udang kering.Boleh juga guna blender, tapi saya suka tumbuk, lebih halus bahannya.

4-Panaskan minyak , masukkan bahan yg ditumbuk. Tambah secawan air. Biarkan sehingga ianya jadi pekat. Kacau sekali sekala.Bila pekat dan naik minyak,tutup api.

5. Masukkan bahan yg ditumis kedalam periuk yg berisi nenas rebus. Masukkan santan, dan ikan masin yg telah digoreng. Bancuh sesudu tepung dengan sedikit air dan masukkan dalam masakan (untuk pekatkan kuah).Panaskan semula bahan ini dan biarkan mendidih 4-5 minit. Rasa masinnya , jika sudah cukup dengan masin ikan, tak perlu tambah garam, jika kurang masin tambah garam.

6-Hidangkan.

Sunday, January 11, 2009

Nenas masak merah



Bahan-bahannya:

Ala senang sangat, nenas seberapa ada.
Cili kering agak2 6-7 biji, ikut suka.
(atau cili padi segenggam.)
Bawang merah 2-3 ulas
segenggam udang kering atau ikan bilis.
Kalau nak bubuh belacan pun boleh.
Sesenduk minyak masak untuk menumis
Garam dan sesudu gula.

Caranya:
Potong la nenas tu, takkan nak masak dgn kulit kut , he he.
Saya potong macam gambar sebelah ni.Nak potong macam lain pun tak per.
Chili dgn bawang di blender sampai halus. Kalau nak lagi senang guna cili boh tapi saya tak galakkan.
Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis sebentar dan masukkan cili yg telah di kisar. Tambah secawan air.
Biarkan mendidih dan masukkan nenas. Masak hingga kuah cili agak kering . Masukkan gula sesudu atau dua sudu kalau tak tahan pedas. Masukkan garam. Kacau sebentar dan angkat. Hidangkan.

Inilah masakan paling ringkas tapi pada saya sedap sesekali memecah selera kampung.Ada lagi resipi Nenas ni.. tunggu.