Showing posts with label inti. Show all posts
Showing posts with label inti. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

intia kelapa ( manis)

Inti kelapa (manis)-tak ada gambar

Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa
2 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
beberapa helai daun pandan(jika suka)
sesudu tepung gandum.

Cara membuatnya.
Masukkan gula melaka dan air dalam periuk. Masukkan daun pandan.Panaskan sehingga gula hancur. Kemudian masukkan kelapa, masak sampai adunan pekat. Tambah tepung untuk melekatkan adunan supaya mudah dibulat2kan. gaul2kan sehingga adunan benar2kering dan pekat dan sejukkan. Gunakan sebagai inti pau, kueh koci atau kueh dadar.

Saturday, August 1, 2009

Inti karipap

Saya buat inti karipap mudah2 sahaja. Hari ni dah kehabisan bahan, ayam tak ada gading pun tak ada. Esok nak bermusafir jadi memng tak beli bahan masak, habiskan mana yg ada. Yang ad cuma ikan bilis, kentang dan keledek. Rempah karin memng sentiasa ada di rumah.

Inti Karipap
Bahan2:
sebiji keledek yg kecil sahaja anggaran 150g
(3x ganda saiz kentang)
sebiji kentang
sebiji bawang besar
sebiji bawang kecil
2 biji bawang putih
sepelepah daun kari
sedikit bunga cengkih, sekuntum bunga lawang,sikit kulit kayu manis.
2 sudu (rata) rempah kari daging adabi
segenggam ikan bilis ditumbuk
sesenduk minyak untuk menumis
2 sudu (rata) gula
sesudu teh garam.
air secukupnnya.

Cara:-
1-Kupas keledek, kentang dan bawang besar. potong dadu semuanya.
2-Kupas bawang merah dan bawang pouti. Tumbuk. masukkan dalam rempa kari dan masukkan 1/2 cawan air, jadikan pes.
3-Panaskan minyak dan masukkan adaun kari, cengkih, bunga lawang dan bawang besar. Kacau sampai naik bau dan masukkan pes kari daging. Kacau dan biarkan sampai naik minyak.Gunakan api sederhana.
4. Masukkan kentang,keledek, ikan bilis yg telah ditumbuk dan tambah air sehingga meliputi semua bahan. Masukkan gula dan garam.Tutup periuk atau kuali supaya bahan cepat masak. Kacau sekali sekali.Biarkan hingga kentang dan keledek masak /empuk dan kuah menjadi agak kering.angkat dan sejukkan.

Nota : Masakan saya biasanya tidak menggunakan apa2 bahan perasa. Tuan puan boleh tambah kiub ikan bilis dan potongan ayam jika suka. Ketika nak menggunakan inti dalam karipap atau mutabak, buangkan bunga cengkih, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis.

Sunday, March 1, 2009

Inti pau -keledek


Inti kueh pau boleh dibuat dari beberapa resipi. Antara yang biasa ialah inti kacang merah, inti kelapa manis, inti kari kentang/keledek , inti kaya dan berbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Inti kueh pau sama sahaja dengan kueh lain. Contohnya inti kelapa yang manis sama sahaja untuk inti kueh ketayap (kueh dadar) dan inti kueh koci.

Inti kari keledek/kentang

Bahan-bahan:
kira2 300g kentang/keledek atau kedua2 sekali
50-100g daging lembu dicincang halus atau dikisar
2 sudu minyak atau majerin
sebiji bawang besar dipotong dadu
2 sudu rempah kari atau rempah dalca
sesudu penuh gula
1/2 camt garam
2 cawan air

Cara masak:
1-Kentang atau keledek dipotong dadu anggaran 1cm persegi.Cuci bersih.
2-Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak sehingga bahan2 menjadi pekat.Guna api sederhana.
3-sejukkan sebelum diguna sebagai inti kueh pau, inti karipap atau inti mutabak mini.
(bahan2 tak perlu ditumis, ia akan menghasilkan rasa yg sama dengan resipi yang dirumis karinya..:))