Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Sunday, November 30, 2008

Sup sayur



Ahaa ada permintaan untuk sup sayur. Saya suka masak yg simple, yg mudah dan seboleh mungkin saya cuba elak menambah perasa. Sup sayur tak banyak beza dgn sup ayam sebelum ni, cuma biasanya sup sayur saya guna ikan bilis dan bebola/kek ikan.Sup sayur guna bawang putih.



Bahan-bahannya
'A'-bahan rencah utama
Segenggam ikan bilis
sebungkus bebola ikan (belah 2)
sepotong kek ikan (dihiris nipis)
[bebola ikan/kek ikan boleh ditiadakan atau dikurangkan)

"B"-Bahan sayur yg biasa dibuat sup:
3-4 inci lobak merah di hiris nipis
2 tongkol putik jagung dihiris nipis
2 kelopak kobis bulat (dipotong 1" persegi)
sebiji tomato dibelah 4
sedikit kobis bunga atau brocoli (dipotong agak nipis)
3-4 inci batang saderi
sepokok sawi berbatang hijau
Cendawan segar-jika ada
[elakkan makan cendawan dalam tin- tak elok untuk kesihatan)

"C"-bahan tumis
2sudu minyak masak
2-3 ulas bawang putih di tumbuh atau diketuk
seulas bawang merah (hiris nipis)
seinci halia (diketuk)

"D"Bahan perasa
sesudu teh garam
sesudu teh gula
sedudu teh lada putih (ditumbuk)

"E" Bahan hiasan:
sehelai daun bawang dan daun sup (di mayang halus)
bawang goreng
chili merah atau chili paprika berbagai warna dihiris nipis .

Cara membuatnya:

1-Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang merah hingga garing.
2-Masukkan air 2 gelas, masukkan ikan bilis yg telah dicuci dan dibunjut dalam kain muslin (kain pembalut luka- supaya ikan bilis tak bersepah dalam sup).Masukkan halia dan tutup periuk.Biarkan mendidih lebih kurang 5 minit.
3-bila air mendidih, masukkan bebola ikan , kek ikan , dan sayur yg agak keras seperti kobis bunga, brocoli, batang saderi dan lobak merah ,cendawan dan biar seminit dua.Kemudian masukkan sayur2 yg lain.Biarkan mendidih sebentar.
4.Masukkan garam, gula dan lada putih. Rasa garam, kalau tak cukup tambah lagi.Tutup periuk dan padam api
4- Untuk hidangan ,buangkan bunjut ikan bilis supaya tak menggangu penampilan sup. Tuang sup ke dalam mangkuk dan tabur daun sup,daun bawang dan chili merah/paprika. Sedap dimakan semasa panas. Selamat menjamu selera.

nota: boleh juga gunakan kiub ikan bilis (1/2 inci) semasa merebus ikan bilis untuk lebih sedap.

Monday, September 15, 2008

Tumisan labu siam

 Bahan-bahan
Sebiji labu siam (seperti gambar), harga lebih kurang RM1 sahaja.
sebiji chili kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sebungkus kecil soo hun (di rendam setengah jam @ lebih lama)
garam secukup rasa.
2 sudu minyak masak.
1/2 cawan air

 Cara menyedia dan memasak
1- kupas kulit labu dgn 'peeler' atau pisau biasa pun boleh.
2-Belah separuh/ bahagi 2 dan belah lagi 4 bahagian, kemudia hiris nipis sekadar 1cm tebal.
3-cuci dan toskan.
4- Hiris bawang merah , bawang putih dan chili kering.

  5-Panaskan minyak dan tumis bawang. chili dan ikan bilis. Kacau sebentar 2-3 minit.
6. Masukkan hirisan2 labu , gaul2kan dan masukkan 1/2 cawan air. Kecilkan api dan tutup kuali dgn penutup periuk untuk mencepatkan masak. 7- kaup dan balikkan masakan sekali sekala hingga labu lembut. Masukkan sohun dan tambah air sikit lagi jika perlu. Masukkan garam.Biar 2-3 minit sebelum diangkat.

 8- angkat labu dan hidangkan.

Nota: Boleh juga gunakan santan segelas sebagai ganti air.
Posted by Picasa