
Mungkin ada di antara kita yg telah pernah minum jus kurma campur kismis atau makan makanan yg dicampurkan kurma dengan kismis keran beranggapan ia adalah makanan sunnah yg amat berkhasiat.Mungkin kerana terlalu ghairah untuk mengamalkan sunnah dan untuk mendapatkan khasiat berganda, ada pengusaha yang mencampurkan dua atau lebih bahan makanan berkhasiat untuk melariskan produk. Tanpa sedar kita sebenarnya telah terlanggar sunnah dan larangan nabi s.a.w.
Saya pernah membaca email yang membawa petikan dari buku yg menghimpunkan hadis2 berkaitan makanan , kemudian saya ada mendengar wawancara di radio IKIM.FM beberapa minggu lalu yg ditaja oleh produk jenama 'tok guru'. Kedua2 maklumat yang saya dengar dan terima mengingatkan tentang larang Nabi s.a.w supaya kita mencampurkan kurma dengan kismis dan tidak mencampurkan adukkan dua jenis kurnma yg berbeza dalam satu masakan/resipi. Produk tok guru tidak mencampurkan dua jenis buah ini untuk mematuhi larangan Nabi s.a.w.
Carian di internet menghasilkan capaian kepada iklan jus kurma + kismis iaitu
1-jus kurma+kismis
2-jus kismis n Safina
3-Pati kurma kismis+delima jenama tok ayah.
Kalau kita rajin menggunakan enjin pencari google, tentu banyak lagi jus kismis + kurma yg akan kita temui terjual di pasaran/melalui internet.
Mungkin pengusahanya tak perasan akan larangan hadis. Saya tidak pasti bagaimana dakwaan bahawa campuran kurma dan kismis dapat meransang minda kanak2 seperti diiklankan.
Kebetulan hari Jumaat yg lalu telah diadakan kelas memasak acar buah di Surau al-Baraqah Kuantan. Resipi acar buah memang boleh dipelbagaikan . Oleh itu resipi yg asalnya tiada buah kurma, telah dicampur buah kurma. Sebelumnya telah diadukkan buah2an jeruk dengan kismis dan cuka. Akhir sekali dimasukkan kurma yg telah dicincang. Saya tak sempat nak memberitahu , kerana tak pasti apa buah yg dituang. Sudah masuk semuanya baru saya tanya....
Mungkin bagi sesetengah mereka yang 'kebal ' dengan makanan, apa pun sedap sahaja. Macam orang hisap rokok, bahaya pun dah lali malah jadi ketagihan pula. Cuma kita perlu hati2 dengan larangan Nabi terutama kepada mereka yang terlimat mencipta resipi dan ubat2tan. Apa yg dilarang oleh Nabi hendaklah kita tinggalkan sekalipun pada kajian saintifik, setiap buah2an atau makanan ia ada khasiat tersendiri.
Dalam buku ini ada dimuatkan hadis larangan mencampurkan kismis dengan kurma dan larangan mencampurkan kurma muda dengan kurma tua dan sebagainya. Ada baiknya kita miliki buku ini.Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak. Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus. Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:
"Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih
dahulu daripada temannya." (Sahih Muslim: no 3809)
Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books.perintis.com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303


